
50 peserta Ijtimak Murabbi terima sijil tauliah
PAYA RUMPUT 29 Disember – Seramai 50 peserta Program Ijtimak Murabbi Pemegang Tauliah Negeri Melaka menerima sijil pentauliahan masing-masing pada program berlangsung sempena Karnival Islamik Antarabangsa Melaka Tahun 2023 (KIAM ’23) di Stadium Hang Jebat, di sini, hari ini.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata sijil pentauliahan tersebut diberikan kepada peserta yang lulus temuduga, sekali gus melayakkan mereka untuk mengajar dalam bidang agama di Melaka.
“Sijil dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Melaka iaitu tauliah mengajar agama (seperti berceramah dan sebagainya) dan satu lagi mengajar al-Quran. Pentauliahan atau pemberian sijil ini adalah berdasarkan kepada permohonan dan kelulusan temuduga.
“Secara keseluruhan di Melaka pemegang tauliah adalah seramai 2,000 orang kedua-dua sijil,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan Program Ijtimak Murabbi Pemegang Tauliah Negeri Melaka bersempena KIAM’23.
Hadir sama Mufti Negeri Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Badaruddin Mohd Kassim.
Lebih 450 peserta terdiri daripada pemilik sijil tauliah Negeri Melaka menghadiri program tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
ANAK-ANAK AUTISME ‘CABAR DIRI’ NAIK PERKHIDMATAN AWAM
AYER KEROH 19 Ogos - Seramai 13 kanak-kanak autisme diberi pendedahan berhubung cara menggunakan perkhidmatan awam Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS)...
