
Melaka tamatkan kemarau 35 tahun, muncul johan Piala Emas Khir Johari
ALOR SETAR 27 Januari – Melaka mengakhiri kemarau 35 tahun apabila muncul johan Piala Emas Khir Johari Ke-57 Tahun 2024, di Stadium Suka Menanti, di sini, hari ini.
Skuad sepak takraw Melaka yang dibarisi pemain-pemain ternama menepati ramalan untuk muncul johan selepas menundukkan Pulau Pinang 2-1 pada perlawanan akhir, sebentar tadi.
Pada aksi itu, regu pertama Melaka berjaya membuka tirai kemenangan dengan kemenangan 21-13, 21-15.
Bagaimanapun, Pulau Pinang kembali mengikat kedudukan menjadi 1-1 pada regu kedua apabila menewaskan Melaka 22-20, 21-18.
Melaka berjaya bangkit pada set penentuan apabila regu ketiganya mudah menewaskan lawan dengan keputusan 21-17, 21-17.
Kemenangan itu, melayakkan Melaka membawa pulang RM30,000 dan trofi kejohanan.
Lebih manis, Melaka turut meraih anugerah tekong terbaik menerusi Muhammad Syahir Mohd Rosdi dan apit kiri terbaik menerusi Muhammad Zaim Razali.
Pengurus pasukan, Kamarudin Ayob Ibrahim turut dinobatkan pengurus terbaik pada edisi kali ini.
Untuk rekod, kali terakhir Melaka menjulang trofi berkenaan ialah pada edisi 1985.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUN AYER LIMAU JUARA KESELURUHAN SUKAN PIALA KETUA UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 7 Julai - Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau muncul juara keseluruhan Sukan Piala Ketua UMNO Bahagian Masjid...
LEBIH 3,000 MERIAHKAN ‘KENDURIAN’ PARLIMEN MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 6 Julai - Kenduri durian atau 'kendurian' berlangsung di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah,...
MELAKA RANCANG LALUAN BAHARU, TINGKAT KECEKAPAN JARINGAN LOGISTIK
TABOH NANING 6 Julai - Kerajaan Negeri merancang membina jaringan jalan baharu yang menghubungkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) ke...
WRUR SUNGAI RAMBAI: RM300,000 NAIK TARAF JETI NELAYAN DARAT
SUNGAI RAMBAI 6 Julai - Komuniti nelayan di Sungai Rambai bakal menikmati kemudahan infrastruktur lebih selesa apabila sebuah jeti nelayan...
KEBERSIHAN PASAR AWAM MELAKA MEMUASKAN
BANDA HILIR 6 Jun - Kempen Membasmi Infestasi Tikus 2026 antara usaha berterusan dilaksanakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri...
MIP JADIKAN MELAKA SEBAGAI HAB LOGISTIK STRATEGIK KORIDOR SELATAN
GADEK 6 Julai - Pembangunan Melaka Inland Port atau Pelabuhan Darat Melaka (MIP) dijangka mengubah landskap dan meletakkan Melaka sebagai...
