Warnai TMM2024 dengan kepelbagaian budaya kaum

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

BANDA HILIR 27 Januari – Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) perlu diwarnai dengan pelbagai sambutan berkaitan kepelbagaian budaya dari berbagai jenis kaum bagi menarik perhatian pelancong.

Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam berkata, pendedahan kebudayaan dan tradisi sesebuah kaum secara meluas ia sekali gus mampu mengukuhkan kesepakatan dan perpaduan dalam jalinan yang muhibah.

Menurutnya, mengambil contoh Program Sambutan Ponggal sempena TMM2024 diadakan di bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan mampu menerima tarikan pelancong yang ingin mengetahui budaya yang disambut masyarakat India di negara ini.

“Ia mampu menjadi pendedahan kepada pelancong sebab rata-rata yang cakap bahawa budaya ini tidak ada di negara mereka dan inilah keunikan Malaysia yang mempunyai banyak budaya.

“Kita kena terangkan kepada pelacong apa budaya yang ada di negara kita khususnya di Melaka dengan penganjuran seperti ini dan ini sekali gus akan menambahkan lagi kejalinan yang lebih akrab dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya.

“Kita gembira kerana sambutan diadakan ini menerima sambutan dari pelbagai kaum dan pelancong malah mereka diberi peluang untuk menyertai acara kebudayaan ini kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Program Sambutan Ponggal sempena TMM2024 diadakan di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini hari ini.

Program itu telah disempurnakan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Banda Hilir, Leng Chau Yen.

Terdahulu, kira-kira 1,000 peserta hadir bagi menyertai Pertandingan Memasak Pongga menggunakan 50 periuk tanah yang menjadi acara utama dalam program terbabit.

Selain memasak, sambutan turut diadakan beberapa pertandingan lain seperti mewarna, anyaman daun kelapa (Thoranai) serta pelbagai lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

808
Kongsi :
Previous post Melaka tamatkan kemarau 35 tahun, muncul johan Piala Emas Khir Johari
Next post Empat warga emas melecur rumah terbakar
Ubah saiz-+=