
10 lelaki tunggang motosikal secara berbahaya ditahan
KUALA LUMPUR, 10 Februari – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menahan 10 penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban (PLUS) dan Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS).
Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata operasi yang bermula pada 10.30 malam hingga 4 pagi tadi bertujuan membanteras kegiatan samseng jalanan serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya terutama ketika Op Selamat ke-21 yang sedang berlangsung.
Beliau berkata kesemua mereka yang berumur antara 17 hingga 23 tahun itu ditahan kerana melakukan aksi meniarap di atas motosikal di Kilometer (KM) 284 hingga KM 276 Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban dan KM 19 Lebuhraya Kajang – Seremban.
“Hasil soal siasat, mereka menyatakan lokasi terbabit dijadikan laluan untuk mereka pergi ke kedai makan yang terletak di Seremban 3 dan Nilai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk tindakan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Selain itu, Mohd Azman berkata 48 saman dikeluarkan dalam operasi berkenaan dan polis turut menyita 10 motosikal.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...

