
Pengalaman bungkus sendiri mi segera
BANDARAYA MELAKA 1 Mac – Menjadi lokasi tumpuan pelancong sejak sekian lama, malah apabila disebut sahaja Jonker Walk, apa yang tergambar adalah deretan kedai berusia ratusan tahun.
Menempatkan ratusan premis yang menjual pelbagai aneka makanan dan juga barangan termasuk cenderahati Jonker Walk adalah destinasi ‘wajib’ singgah apabila berkunjung ke Negeri Melaka.
Namun menariknya dideretan bangunan itu terdapat sebuah premis yang memberi peluang kepada pengunjung menterjemahkan kreativiti dengan membungkus sendiri mi segera mengikut kehendak mereka.
Monster biru yang menjadi maskot premis itu sudah menjadi daya penarik bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.
Mamee Monster House Jonker Walk, pastinya menjadi antara lokasi yang perlu dikunjungi pelancong apabila bercuti di Melaka kerana ia bukan sahaja dapat menceriakan anak-anak malah memberi pengalaman menarik.
Sentuhan dekorasi dan lukisan dindingnya yang menawan memberikan satu suasana yang indah untuk merakam gambar sebagai kenangan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: AB RAUF LIHAT MELAKA LANDASAN KEBANGKITAN BN KE PUTRAJAYA
TANJUNG BIDARA 2 November - Kestabilan politik di Melaka mahu dijadikan model pentadbiran Barisan Nasional (BN) untuk diperluaskan ke peringkat...
PRN MELAKA: OBOR PERJUANGAN VETERAN MUBARAK TERUS MENYALA
TANJUNG BIDARA 2 November - Usia bukan penghalang kepada barisan veteran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) untuk terus menyumbang...
PRN MELAKA: AB RAUF BONGKAR RAHSIA TERSIRAT BENDERA UMNO
TANJUNG BIDARA 2 November - Bendera UMNO bukan sekadar lambang parti, sebaliknya mempunyai makna dan tafsiran sejarah yang dikaitkan dengan...
PRN MELAKA: BEKAS WAKIL RAKYAT, VETERAN UMNO GABUNG TENAGA BANTU KEMPEN BN – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 2 November - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) dan veteran UMNO turut menggerakkan usaha kempen Barisan Nasional...
PRN MELAKA: 8,569 KERTAS UNDI POS DIKELUARKAN
AYER KEROH 2 November - Sebanyak 8,569 kertas undi pos dikeluarkan kepada pengundi yang layak bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...
PRN MELAKA: KAMPUNG SUNGAI PETAI DEKAT DI HATI AZRIL
REMBIA 2 November - Kampung Sungai Petai mempunyai tempat istimewa di hati calon nombor dua Barisan Nasional (BN) bagi Dewan...
