Bufet Ramadan Hotel Courtyard by Marriott: Sate ‘sekaki’ buka selera

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

BANDARAYA MELAKA 1 Mac – Umat Islam mahu mencari kelainan atau menjamah hidangan istimewa untuk berbuka pada Ramadan nanti boleh ke Hotel Courtyard by Marriott Melaka yang menyediakan lebih 100 jenis makanan.

Pelbagai juadah berbuka puasa ditawarkan di Singgah Selera Buffet yang pasti membuatkan pengunjung rambang mata dan berada dalam ‘dilema’ untuk membuat pilihan.

Whatsapp Image 2024 02 28 At 11.22.19 Pm (1)

SATE ‘sekaki’ pertama kali diperkenalkan Hotel Courtyard by Marriott Melaka.

Namun usah risau kerana anda boleh mencuba menu istimewa seperti sate ‘sekaki’ kerana ukurannya yang panjang, menawarkan tekstur daging lembut dan diperap menggunakan pelbagai rempah pertama kali diperkenalkan Hotel Courtyard by Marriott Melaka.

Menu pilihan lain untuk berbuka adalah bubur lambuk dan pastinya akan menjadi rebutan pengunjung nanti adalah kambing golek dengan citarasa Timur Tengah, shawarma dan juga ‘station’ sup gear box.

Whatsapp Image 2024 02 28 At 11.23.22 Pm
SUP gear box antara hidangan yang menjadi rebutan.

Bagi yang menjaga kecantikan atau awet muda boleh memilih pelbagai ulam-ulaman segar untuk dinikmati bersama sembilan jenis pilihan sambah.

Singgah Selera turut menyediakan pelbagai makanan laut segar selain turut menampilkan kelainan dengan menghidangkan pasta rendang.

Whatsapp Image 2024 02 28 At 11.25.58 Pm
PELBAGAI jenis sambal yang boleh dipilih.

Sementara itu Pengurus Besar Hotel Courtyard by Marriott Melaka Lee Ng berkata, juadah disediakan di Singgah Selera bukan sahaja enak, sebaliknya membawa pengunjung mengimbau kembali keenakan citarasa hidangan warisan.

“Hidangan di Singgah Selera akan bermula dari 15 Mac sehingga 8 April dengan tawaran harga RM168 bagi dewasa, RM90 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun dan warga emas 60 tahun keatas.

“Menariknya juga kami turut menyediakan perkhidmatan ‘pre-order take away’ untuk mereka yang tidak berkesempatan untuk datang ke Singgah Selera pada tawaran harga RM55.90,” katanya.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau berhubung tempahan boleh hubungi terus Courtyard Cafe menerusi talian Whatsapp 01136111291 atau email [email protected]

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1578
Kongsi :
Previous post Pengalaman bungkus sendiri mi segera
Next post Lelaki warga emas direman bantu siasatan kes tembak anggota polis
Ubah saiz-+=