
Melaka kekalkan kadar zakat fitrah
SERI NEGERI 7 Mac – Melaka menetapkan kadar zakat fitrah tahun ini ditetapkan pada tiga kadar iaitu RM7, RM14 dan RM21.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memaklumkan, kadar tersebut dikekalkan sama seperti tahun lalu setelah diputuskan Mesyuarat Fatwa Negeri Melaka Bil. 03/2023 yang bersidang pada 19 hingga 21 November lalu.
“Kepada muslimin dan muslimat, selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan.
“Semoga bulan pengampunan dan bulan penuh kasih sayang ini kita semua mendapat berkah dari yang Maha Esa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media hari terakhir Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
6 INISIATIF UTAMA PERKASA USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 17 Jun – Diberi mandat sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna pada 2023 dimanfaatkan sepenuhnya Allex...
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...
ANAK TANJUNG BIDARA TERIMA KOMPUTER RIBA SUMBANGAN ‘TOK RAUF’
TANJUNG BIDARA 17 Jun - Sumbangan komputer riba yang disampaikan sendiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjadi...
