
Ramadan: Peluang dekatkan diri kepada Allah SWT
TANJUNG BIDARA 11 Mac – Umat Islam khusus di Negeri Melaka dinasihatkan untuk memanfaatkan peluang bertemu Ramadan dengan memperbanyakkan amalan ibadat dan mengeratkan hubungan dengan Allah SWT termasuk meninggalkan segala larangan-Nya.
Mufti Negeri Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata, Ramadan juga adalah masa yang sesuai untuk setiap umat Islam memperbaiki hubungan sesama manusia, sekali gus mengukuhkan hubungan silaturahim.
“Hormatilah Ramadan dengan amalan-amalan berpuasa dan menunaikan tarawikh, sebelah malam pula dihidupkan dengan qiamullail, tadarus al-quran dan sebagainya.
“Selain itu, kita nasihatkan khususnya kepada golongan belia untuk bersama-sama hayatilah bulan ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1445H/2024M peringkat Negeri Melaka berlangsung di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, di sini, semalam.
Program diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam yang diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Barisan Exco; Timbalan Exco; ketua jabatan serta agensi Kerajaan Negeri.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘SAYA MAHU PRN MELAKA DIURUS SECARA PROFESIONAL DAN SELAMAT’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Atas dasar menghormati prinsip demokrasi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu Pilihan...
MAIM PERKENAL TAKWIM HIJRAH DIGITAL
AYER KEROH 30 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan Takwim Hijrah dalam versi digital bagi memudahkan orang ramai...
TOK RAUF BELANJA SATU TAN DURIAN UNTUK ORANG ALOR GAJAH
ASAHAN 30 Jun - Kira-kira satu tan durian habis diagihkan kepada penduduk di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
‘KENDURIAN’ MELAKA TAWAR BUFET BLACK THORN, MUSANG KING HANYA RM25
ASAHAN 30 Jun - Rakyat Melaka berpeluang menikmati bufet durian premium dari jenis Musang King dan Block Thorn pada harga...
MEDIPULIH RANCANG BUKA EMPAT CAWANGAN BAHARU, PERLUAS AKSES PENJAGAAN KESIHATAN
TELOK MAS 30 Jun - MediPulih Melaka merancang untuk membuka sehingga empat lagi cawangan baharu di negeri ini dalam usaha...
URUSAN DENGAN KERAJAAN JADI LEBIH MUDAH MENERUSI HARI ADUAN RAKYAT
SERKAM 30 Jun - Hari Aduan Rakyat bukan sekadar medium untuk menyuarakan isu setempat, sebaliknya turut dimanfaatkan oleh orang ramai...
