
Melaka negeri kedua terbesar terima liputan 4G
AYER LIMAU 13 Mac – Melaka merupakan negeri kedua terbesar dalam negara menerima capaian liputan rangkaian generasi keempat (4G).
Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (MCMC), Syed Isa Alsagoff berkata, setakat ini rangkaian 4G di Melaka sudah mencapai 99.78 peratus.
Beliau berkata, fokus MCMC kini ialah memperluaskan lagi liputan di kawasan bandar dan luar bandar seluruh negeri, sekali gus memastikan capaian 100 peratus dicapai menjelang 2025.
“Perluasan rangkaian ini juga tidak semestinya akan dilakukan di bandar dan luar bandar sahaja, bahkan beberapa kawasan lain seperti di dalam universiti, pusat-pusat penyelidikan turut menjadi tumpuan utama MCMC.
“Melaka merupakan negeri kedua dalam negara selepas Lembah Klang yang menerima capaian 4G terbesar dalam negara,” katanya kepada pemberita, baru-baru ini.
Menurut Syed Isa, selain memfokuskan liputan 4G, pihaknya turut menggerakkan langkah untuk memastikan liputan dwi jaringan turut diperluaskan iaitu menerusi peluasan liputan 5G.
“Kita akan meneruskan peluasan 5G ini namun ia bergantung kepada inisiatif yang disalurkan Kerajaan Persekutuan.
“Untuk setakat ini, di Melaka sebanyak 88.3 peratus kawasan di negeri ini telah menerima liputan 5G dan usaha ini sedang diteruskan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPHTJ PERGIAT OPERASI TURUNKAN PAPAN IKLAN HARAM
AYER KEROH 14 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) terus mempergiat operasi menurunkan papan iklan haram dan lusuh...
TEMPOH PENYELESAIAN MASALAH LEBIH SINGKAT, WRUR TERBUKTI MEMUDAHKAN RAKYAT
GADEK 14 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bukan sahaja mengubah birokrasi malah terbukti mampu menyelesaikan permasalahan rakyat...
SEKOLAH DI MELAKA DIBENAR HENTI AKTIVITI LUAR, TUTUP OPERASI JIKA SUHU TERLALU TINGGI
AYER KEROH 14 April - Pentadbir sekolah di negeri ini dibenarkan menghentikan sementara waktu semua aktiviti luar bilik darjah sekiranya...
BUKAN SEKADAR JAMUAN, TAPI KENANGAN RUMAH TERBUKA ‘TOK RAOP’ PALING ISTIMEWA
TANJUNG BIDARA 14 April – Kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Villa...
26 LAMPU SOLAR TERANGI TANAH PERKUBURAN, LALUAN GELAP SEKITAR DUN BEMBAN
BEMBAN 14 April - Sebanyak 26 unit lampu solar sudah siap dipasang bagi menerangi beberapa laluan kerap berlaku kemalangan dan...
PERTANDINGAN PIDATO RUKUN NEGARA DIPERLUASKAN KE SEMUA NEGERI
GADEK 13 April - Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan 2026 siri keenam dijangka lebih meriah apabila penganjurannya dirancang akan...
