Idea luar biasa KM lonjak sektor pelancongan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 13 Mac – Menjadikan Melaka sebagai negeri pelancongan terunggul menerusi penganjuran acara besar-besaran memberi impak positif kepada sektor pelancongan Negeri Melaka.

Mana tidaknya, gagasan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, antaranya seperti sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dan inisiatif kemasukan percuma di 10 produk pelancongan pada 20 Februari lalu, seakan melonjakkan lagi pelancongan Melaka ke satu tahap lebih tinggi.

Perkara itu diakui Presiden Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA), Madelina Kuah yang menyifatkan Ab Rauf sebagai seorang pemimpin yang berani mencuba sesuatu yang baharu dalam mewajah Negeri Melaka.

“Banyak perubahan dari sektor pelancongan termasuk mengadakan acara besar, salah satunya TMM2024 dan masuk percuma di 10 produk pelancongan Melaka pada 20 Februari lalu.

“Beliau (Ketua Menteri) pemimpin yang sentiasa membantu industri pelancongan, beliau juga senang berurusan dan berkongsi idea baharu untuk perubahan ekonomi Negeri Melaka.

“Ab Rauf pemimpin yang sangat berbeza kerana beliau berani menyahut cabaran dengan mewujudkan peluang dan insiatif baharu biarpun terpaksa berhadapan pelbagai cabaran,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2024 03 13 At 15.13.48
MADELINA

Sementara itu, Pengusaha Hotel MITC, Sazali Sabri berkata penganjuran TMM2024 memberikan impak positif kepada pemain industri di Melaka untuk menjana pendapatan lebih lumayan tahun ini.

“Alhamdulillah kita sangat teruja dengan program-program dijalankan sempena TMM2024 ini, ia secara tidak langsung meningkatkan hasil sektor pelancongan lebih ketara berbanding sebelum ini.

“Kita dapat lihat kehadiran pengunjung dan pelancong sangat memberangsangkan tahun ini, ini juga salah satu hasil usaha Ketua Menteri untuk membantu pemain industri pelancongan di Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1173
Kongsi :
Previous post Bawa suara petani, pesawah
Next post Melaka negeri kedua terbesar terima liputan 4G
Ubah saiz-+=