
Dataran Keris Alor Gajah berwajah baharu
REMBIA 18 Mac – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mewujudkan ‘pocket park’ di Dataran Keris sebagai lokasi baharu untuk orang ramai beriadah dan bersantai pada SETIAP hujung minggu.
Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, pembinaan taman dan menaik taraf kawasan lapang menjadi antara pembaharuan yang dilakukan bagi mewajah semula Dataran Keris.
Jelas beliau, kerja menaik taraf itu dilakukan selepas menerima peruntukan berjumlah RM400,000 daripada Kementerian Ekonomi.
“Projek pembinaan taman dan menaik taraf Dataran Keris ini bermula sejak 11 Disember 2023 dan siap sepenuhnya pada 1 Mac lalu.
“Selain ‘pocket park’ terdapat juga laluan pejalan kaki baharu, dataran 3D interlocking, alatan permainan kanak-kanak dan senaman, tempat duduk serta ‘planter box’ untuk penanaman bunga hiasan,” katanya.
Terdahulu, beliau mengadakan lawatan bagi melihat kemajuan tapak projek berkenaan, selain mengenal pasti penambahbaikan kemudahan dan fasiliti di kawasan tersebut.
TPr. Saifuddin berharap, usaha menceriakan Dataran Keris itu akan menambah seri kemeriahan di Alor Gajah pada setiap hujung minggu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
