Abai kebersihan, diri sendiri yang rugi

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

SUNGAI RAMBAI 21 Mac – Peniaga bazar Ramadan diingatkan agar menitikberatkan kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual kepada pengunjung.

Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Siti Faizah Abdul Azis berkata, jika masih ada dalam kalangan peniaga mengambil sikap sambil lewa meskipun tindakan itu hanya akan merugikan diri mereka sendiri.

Jelasnya, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan keatas peniaga yang didapati melakukan kesalahan dan melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Kebiasaanya JKNM pada pemantauan dan pemeriksaan awal sudah memberi nasihat serta teguran agar peniaga yang didapati ada melakukan kesalahan untuk memperbaiki atau tidak lagi mengulanginya.

“Apabila didapati berlaku lagi kesalahan sama tiada lagi kompromi dan tindakan kompaun akan terus diambil. Hal ini sememangnya merugikan pihak peniaga,” katanya selepas Ramah Mesra Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis bersama pengunjung dan peniaga Bazar Ramadan Sungai Rambai, di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Rambai, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai berkata, peniaga sepatutnya sudah tahu tentang cara pengendalian makanan dengan betul dan selamat kerana sudah diberikan penerangan lebih awal begitu juga dengan pemakaian apron serta penutup kepala.

“Apa yang saya minta daripada peniaga, ikutlah peraturan yang sudah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya.

“Saya tidak mahu nanti terjadinya kes keracunan makanan apabila faktor kebersihan dan keselamatan makanan diambil mudah,” katanya.

Jelasnya, bagi memastikan makanan yang dijual adalah selamat, JKNM menggerakkan petugas turun ke bazar Ramadan untuk mengambil sampel makanan sebelum dihantar ke makmal.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

162
Kongsi :
Previous post Pekerja besi buruk dipenjara enam tahun, satu sebatan rompak wanita warga Jepun
Next post Karipap ‘gajah’ curi tumpuan
Ubah saiz-+=