
Juruteknik kilang ditahan miliki pistol, peluru hidup
SHAH ALAM, 25 Mac – Polis menahan seorang juruteknik kilang dan merampas sepucuk pistol serta enam butir peluru hidup di sebuah stesen minyak di Telok Panglima Garang dekat sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat ACP Ahmad Ridhwan Mohd Nor @Saleh berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan anggota dari Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Kuala Langat kira-kira pukul 2.40 pagi selepas didapati menyembunyikan sesuatu di bawah kereta di kawasan stesen minyak berkenaan.
“Pemeriksaan di bawah kenderaan kemudian menemukan objek menyerupai pistol dan di dalamnya berisi enam butir peluru hidup,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan lanjut ke atas suspek membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori kira-kira 40 minit kemudian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Ahmad Ridhwan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi bilik gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-31872222 untuk membantu siasatan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERAHU NAGA ‘GERGASI’ BAKAL PUKAU ORANG MELAKA
SERI NEGERI 13 Mac - Perahu naga terbesar sepanjang kira-kira 30.50 meter dari Shuang Rao, China bakal dipamerkan di Melaka...
57 DITANGKAP TAK PUASA DI MELAKA
BEMBAN 13 Mac – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) setakat ini merekodkan 141 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan sepanjang Ramadan tahun...
BUANG SAMPAH: 85 TERMASUK REMAJA DI MELAKA BAKAL JALANI KHIDMAT MASYARAKAT
KLEBANG 13 Mac - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka telah mengenal pasti 85 individu di negeri...
TUN DR. MOHD ALI RASMI MASJID AL-HAKEEM, TEHEL
BEMBAN 13 Mac – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merasmikan Masjid Al-Hakeem, Tehel sempena...
POLIS MARIN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP PATI KE MELAKA, LAPAN DITAHAN
TELOK MAS 13 Mac - Cubaan menyeludup masuk lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui jalan laut tidak kesampaian selepas...
25,000 EKOR AYAM SEGAR MURAH UNTUK ORANG MASJID TANAH
LENDU 13 Mac - Umat Islam di semua lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah berpeluang mendapatkan ayam...
