
Juruteknik kilang ditahan miliki pistol, peluru hidup
SHAH ALAM, 25 Mac – Polis menahan seorang juruteknik kilang dan merampas sepucuk pistol serta enam butir peluru hidup di sebuah stesen minyak di Telok Panglima Garang dekat sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat ACP Ahmad Ridhwan Mohd Nor @Saleh berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan anggota dari Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Kuala Langat kira-kira pukul 2.40 pagi selepas didapati menyembunyikan sesuatu di bawah kereta di kawasan stesen minyak berkenaan.
“Pemeriksaan di bawah kenderaan kemudian menemukan objek menyerupai pistol dan di dalamnya berisi enam butir peluru hidup,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan lanjut ke atas suspek membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori kira-kira 40 minit kemudian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Ahmad Ridhwan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi bilik gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-31872222 untuk membantu siasatan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR TELOK MAS: NELAYAN HARGAI KEPRIHATINAN TOK AJAK
TELOK MAS 16 Jun – Kehidupan sebagai nelayan yang bergantung kepada hasil laut dan cuaca tidak menentu menjadikan setiap bentuk...
WRUR TELOK MAS: 4 TOKONG TERIMA BANTUAN UTILITI SEJAK 2021
TELOK MAS 16 Jun – Empat tokong dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas menerima bantuan pembayaran utiliti sejak tahun...
TIADA LAGI ‘DONUT’, ‘LINE SIPUT’ DI TAMAN SERI JERAM
TANJUNG BIDARA 16 Jun - Pembinaan sebuah menara telekomunikasi di Taman Seri Jeram, Masjid Tanah menjadikan kawasan itu dan sekitarnya...
80 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU DIBINA SEPANJANG TIGA TAHUN PENTADBIRAN AB RAUF
TANJUNG BIDARA 16 Jun - Komitmen Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk mendigitalkan Melaka diterjemahkan menerusi pembinaan...
WRUR TELOK MAS: MASYARAKAT CINA, INDIA PUJI KEPIMPINAN TOK AJAK
TELOK MAS 16 Jun - Sifat mesra rakyat dan komitmen berterusan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Wira...
MELAKA FOKUS TERUS TINGKATKAN CAPAIAN JALUR LEBAR, TELEKOMUNIKASI MUDAH ALIH
TANJUNG BIDARA 16 Jun - Kajian secara berterusan dijalankan Kerajaan Negeri bagi memastikan tahap liputan jalur lebar dan telekomunikasi mudah...
