
Lelaki Israel akan didakwa pagi ini
KUALA LUMPUR, 12 April — Lelaki Israel Avitan Shalom yang ditahan memiliki enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di sini bulan lepas, akan didakwa atas pertuduhan senjata api di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.
Berdasarkan semakan sistem e-kehakiman, kes itu akan didengar di Mahkamah Sesyen 12, di hadapan Hakim Norina Zainol Abidin pukul 9 pagi.
Pihak media termasuk jurugambar mula berkumpul di pekarangan kompleks mahkamah KL sejak pukul 7 pagi tadi.
Warga Israel berumur 36 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini pada 27 Mac lepas. Dia dipercayai memasuki negara ini dari Emiriah Arab Bersatu pada 12 Mac, menggunakan pasport Perancis.
Hasil siasatan awal, suspek yang turut memegang pasport Israel itu mendakwa dia datang ke Malaysia bagi memburu dan membunuh seorang lagi rakyat Israel susulan perbalahan keluarga.
Pada 8 April lepas, sepasang suami isteri rakyat tempatan yang disyaki membekalkan senjata api kepada warga Israel berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas dakwaan kesalahan berkaitan senjata api.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
225,000 KANAK-KANAK IKUTI PRA TAHFIZ KEMAS, LEBIH 9,000 KELAS DI SELURUH NEGARA
PANTAI KUNDOR 11 November - Seramai 225,000 kanak-kanak di seluruh negara kini mengikuti program Pra Tahfiz anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat...
KONVOI MOTOSIKAL, FLASH MOB SEMARAK SOKONGAN BUAT ROSLI – AB RAUF
KUALA LINGGI 11 November – Anak muda bermotosikal dipelawa untuk bersama-sama berkonvoi mengelilingi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Kuala Linggi...
PRN MELAKA: HAMPIR 95 PERATUS KELUAR MENGUNDI AWAL, ISYARAT POSITIF SAMBUTAN PENGUNDI
AYER LIMAU 11 November - Kadar keluar mengundi awal yang hampir mencecah 95 peratus semalam disifatkan sebagai perkembangan amat membanggakan...
‘DEMI MASJID, APA SALAHNYA MOHON RM700,000 DARIPADA PMX?’ – HELMY
DUYONG 11 November - Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem mempertahankan...
PRN MELAKA: MCA ‘KETUK PINTU’ 200 RUMAH SEHARI, YAKIN RAIH KEYAKINAN PENGUNDI
BANDARAYA MELAKA 11 November - Calon MCA memperhebat gerak kerja kempen dari rumah ke rumah dengan menyantuni hampir 200 kediaman...
MANDAT RAKYAT BUKAN TIKET BERKUASA, TETAPI AMANAH UNTUK BERBAKTI
TANJUNG BIDARA 11 November – Mandat yang diberikan rakyat kepada seseorang pemimpin bukanlah ruang untuk meninggi diri, sebaliknya amanah yang...

