
Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi hari ini berkata pihaknya akan membuat permohonan itu berikutan tempoh reman pasangan berkenaan tamat pada Jumaat.
Ibu bapa kanak-kanak itu direman tujuh hari bermula 1 Jun hingga esok bagi membantu siasatan kes pembunuhan tersebut yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada 6 Dis tahun lepas, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai, Petaling Jaya dekat sini selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.
Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PEMBANGUNAN PANTAI PUTERI PACU EKONOMI MARITIM MELAKA
SERI NEGERI 29 April – Kawasan Pantai Puteri dikenal pasti sebagai sebahagian daripada zon pelabuhan dan industri utara di bawah...
DUA PERSIMPANGAN BERBAHAYA DI BUKIT RAMBAI AKAN DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Persimpangan berbahaya yang kerap berlaku kemalangan di kawasan Bukit Rambai bakal dinaik taraf tidak lama...
MELAKA JAMIN PEMBANGUNAN SM-WEZ TIDAK ABAIKAN PELANCONGAN DAN ALAM SEKITAR
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri memberi jaminan bahawa pembangunan Straits of Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ) sekitar Pantai...
KUTIPAN MASJID TIDAK TETAP, BERGANTUNG DERMA DAN TABUNG JUMAAT
SERI NEGERI 29 April - Sumber pendapatan kebanyakan masjid di negeri ini masih bergantung kepada sumbangan orang ramai yang bersifat...
MELAKA BINA MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU DI 24 LOKASI LIPUTAN LEMAH
SERI NEGERI 29 April - Sebanyak 24 kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi liputan lemah internet akan dibina menara...
LIPUTAN 4G SUNGAI RAMBAI CAPAI 100 PERATUS
SERI NEGERI 29 April - Liputan rangkaian 4G di kawasan berpenduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai telah mencapai tahap...

