
Mufti Melaka ketuai cerapan hilal Zulhijjah
TANJUNG BIDARA 8 Jun – Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil mengetuai Jawatankuasa Rukyah dan Ahli Melihat Anak Bulan Melaka, mencerap anak bulan Zulhijjah 1445H sebelum hasil rukyah anak bulan dilaporkan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR).
Abdul Halim berkata, cerapan hilal Zulhijjah yang dilakukan Balai Cerapan Kompleks Al-Khawarizmi itu adalah bagi menentukan penetapan 1 Zulhijjah dan Hari Raya Aidiladha bagi umat Islam di Malaysia.
“Tugas jawatankuasa ini adalah melakukan cerapan untuk diangkat hasil penemuan kepada PMBRR.
“Cerapan bermula sekitar jam 7 petang dan berakhir pada 8.09 malam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 1445H yang turut dihadiri Timbalan Mufti Melaka, Hazarudin Baharudin; Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Shaifulfazlee Mohamad dan Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Sr. Noor Helmy Noordin.
Jelas Abdul Halim, tempoh cerapan kali ini agak panjang berbanding sebelum ini untuk mendapatkan kedudukan anak bulan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KPPA LUANG MASA TINJAU OPERASI PERKHIDMATAN FIRST AID STATION, ZON BEBAS KENDERAAN
BANDA HILIR 6 November - Perkhidmatan First Aid Station dan Zon Bebas Kenderaan, Banda Hilir dipilih sebagai lokasi lawatan Ketua...
MELAKA CATAT PELABURAN BAHARU RM2.2 BILION SETAKAT JUN
PENGKALAN BATU 6 November - Melaka mencatatkan pelaburan baharu berjumlah RM2.2 bilion setakat Jun 2025, sekali gus meletakkan negeri ini...
MELAKA BAKAL JADI TUMPUAN PEMINAT SEJARAH DUNIA
BANDA HILIR 6 November - Penemuan artifak dan rangka kapal purba di kawasan berhampiran Pulau Melaka atau dahulu dikenali sebagai...
KAWASAN EKSKAVASI PULAU MELAKA DIWARTA KAWASAN LARANGAN
BANDA HILIR 6 November - Tapak ekskavasi dan cari gali rangka kapal purba dan artifak di kawasan berhampiran Pulau Melaka...
PENEMUAN RANGKA KAPAL PURBA, ARTIFAK BAKAL BINA SEJARAH BAHARU MELAKA
BANDA HILIR 6 November - Naratif sejarah baharu Melaka bakal dibina semula menerusi penemuan artifak-artifak dan rangka kapal purba dipercayai...
PESARA KERAJAAN BAKAL NIKMATI MANFAAT PELARASAN PENCEN JANUARI DEPAN
PENGKALAN BATU 6 November - Kira-kira 950,000 pesara kerajaan bakal memperoleh manfaat daripada hasil pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)...
