
JASA dijenamakan semula sebagai J-KOM
KUALA LUMPUR 25 Nov. – Kerajaan bersetuju untuk menjenamakan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dengan peranan dan fungsi berbeza, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata matlamat J-KOM adalah untuk mewujudkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat iaitu bagi menyampaikan maklumat kerajaan yang tepat, sahih dan bijaksana kepada rakyat, selain mendengar suara dan maklum balas daripada rakyat.
āKaedah yang digunakan ialah dengan cara membangunkan komuniti, khususnya di peringkat akar umbi, yang mengamalkan budaya ilmu, berkemahiran digital dan menghayati makna dan fokusĀ patriotisme dengan menggunakan pendekatan āpenghakupayaan komunitiā,ā katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
Saifuddin turut memaklumkan bahawa fungsiĀ J-KOM juga berbeza dengan Jabatan Penerangan (Japen) kerana tugas utama J-KOMĀ padaĀ waktu iniĀ adalah melaksanakan komunikasi strategik membudayakan normalĀ baharu susulan pandemik COVID-19.
Japen pula, katanya bertujuan memberi kefahaman mengenai sesuatu dasar, program dan inisiatif kerajaan dengan memberi keutamaan kepada komunikasi.
Katanya fungsi J-KOM juga tidak bersifat bertindan dengan agensi lain di bawah KKMM seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang mempunyai kumpulan sasar, pendekatan program dan aktivitiĀ berlainan.
BagiĀ menjawabĀ celahanĀ Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai dakwaan jabatan itu merupakan ejenĀ penyebar propaganda, Saifuddin memberi jaminanĀ J-KOM bukanĀ mesin propaganda selain menegaskan ketuaĀ pengarahĀ serta timbalannyaĀ tidakĀ akan dilantik dalam kalangan orang politik.
āSaya bagi jaminan J-KOM bukan mesin propaganda.Ā Proses (lantikan) mengikut Jabatan Perkhidmatan AwamĀ (JPA)Ā ada kriteria dan kriteria utamaĀ merupakanĀ celik IT.
āSaya beri jaminanĀ ketuaĀ pengarah dan timbalanĀ (ketua) pengarah tidak akan dilantik daripada orang politik, Ā ia harus kombinasiĀ (golongan) profesional dan pegawai tadbir yang baikĀ serta bersahsiah tinggi,ā katanya.
Beliau berkataĀ lantikan itu harus melalui proses permohonan dan temu duga yang telus mengikut lunas peraturan yang ditetapkan JPA.
Mengulas mengenai peruntukanĀ RM85.5 jutaĀ untukĀ jabatan itu yang disifatkan terlalu tinggi, Saifuddin tanpa mendedahkan jumlahĀ itu memberi bayanganĀ peruntukanĀ itu akan dikurangkan.
Katanya, penguranganĀ peruntukanĀ itu boleh dibuatĀ berikutanĀ peruntukan J-KOMĀ berdasarkanĀ jumlah daerahĀ dan bukannyaĀ peruntukan mengikutĀ jumlah Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sepertiĀ sebelum ini.
— BERNAMA