Sorting by

×

PENGANGGUR MAUT, RAKAN CEDERA DISERANG KETIKA JUAL BELI PERISA ‘VAPE’

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

JASIN 14 Mei – Seorang penganggur maut manakala rakannya cedera selepas dipercayai diserang menggunakan senjata akibat perselisihan faham dalam kejadian di Taman Muhibbah, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin Superintendan Lee Robert berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kedua-dua mangsa dikatakan bertemu dengan suspek berusia 20 tahun atas urusan jual beli perisa rokok elektronik.

Beliau berkata, mangsa yang maut berusia 30 tahun seorang pengganggur dan rakannya yang terselamat berusia 26 tahun merupakan pekerja kilang.

“Bagaimana pun semasa urusan jual beli perisa’vape’ rakan mangsa didakwa telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada suspek menyebabkan lelaki terbabit tidak berpuas hati lalu menyerang kedua-dua mereka menggunakan pisau.

“Kedua-dua mereka juga didakwa telah dipukul menggunakan tangan oleh dua lagi suspek sebelum berjaya melarikan diri menaiki kereta dan pergi ke Klinik Kesihatan Merlimau bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Menurut beliau, pengganggur terbabit bagaimana pun disahkan meninggal dunia pada jam 1.26 petang tadi ketika sedang dirawat di Hospital Melaka.

“Pemeriksaan dilakukan mendapati mangsa yang maut mengalami kecederaan akibat kesan tikaman pada bahagian belakang dan pendarahan dikepala.

“Manakala rakannya pula mengalami luka hirisan pada tangan dan rusuk selain calar pada bahagian muka dan kini sedang menerima rawatan di hospital sama.

“Bedah siasat keatas mangsa akan dilakukan pada esok bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya.

Lee berkata, susulan insiden itu juga pihaknya telah menahan empat lelaki termasuk tiga beradik berusia antara 20 hingga 35 tahun bagi membantu siasatan.

“Hasil ujian saringan awal dilakukan keatas kesemua suspek mendapati tiga daripada mereka positif dadah selain semakan lanjut dijalankan turut mendapati keempat-empat mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kesemua suspek kini ditahan bagi membantu dan membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

347
Kongsi :
Previous post ‘RIDE’ PALING BERGAYA DI MENARA TAMING SARI, AHAD INI