
‘RIDE’ PALING BERGAYA DI MENARA TAMING SARI, AHAD INI
BANDA HILIR 14 Mei – Menara Taming Sari bakal mencuri tumpuan ramai pada 17 Mei ini apabila bakal menjadi lokasi berhimpun lelaki-lelaki budiman seluruh negara dengan motosikal klasik.
Ia menerusi penganjuran The Distinguished Gentleman’s Ride (DGR) di perkarangan menara ikonik yang menjadi antara mercu pelancongan Melaka itu.
Menara Taming Sari dalam satu kenyataan berkata, program itu bakal menghimpunkan ratusan penunggang motosikal klasik yang menggayakan imej unik ala-ala retro.

Jelas kenyataan itu, program berkenaan antara lain diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan lelaki.
Pada masa sama, ia juga dianjurkan bersempena sambutan Ulang Tahun Ke-18 Menara Taming Sari pada tanggal 17 Mei.
“Pelbagai acara menarik akan diadakan dan orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara yang sangat berprestij ini,” kata Menara Taming Sari dalam satu kenyataan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KINI DALAM KERAJAAN, RAFIE MAHU KHIDMAT LEBIH DEKAT DENGAN RAKYAT
SERI NEGERI 20 November - Berada dalam pentadbiran Kerajaan Negeri membuka ruang lebih luas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)...
DI USIA 65 TAHUN, AB RAUF BUKTIKAN IMPIAN ANAK KAMPUNG BOLEH JADI NYATA
BANGI 20 November - Tidak pernah terbayang seorang anak kampung mampu berdiri di sebuah universiti tersohor dengan menyarungkan jubah graduasi...
MISI 100 HARI CIKGU MUS DI DURIAN TUNGGAL: SELESAI ADUAN TERTUNGGAK, BELA PESAKIT TERLANTAR
SERI NEGERI 20November - Menyelesaikan aduan rakyat yang tertunggak serta memastikan golongan rentan, khususnya pesakit terlantar, mendapat bantuan sewajarnya menjadi...
INFRASTRUKTUR SEKOLAH AGAMA, KEPERLUAN GURU JADI FOKUS RAIS
PENGKALAN BATU 20 November β Penambahbaikan kemudahan sekolah agama dan keperluan tenaga pengajar antara perkara yang mahu diteliti Exco Agama,...
BANTU PENIAGA KECIL, MAJUKAN PELANCONGAN ALOR GAJAH ANTARA HARAPAN KEPADA KETUA MENTERI
REMBIA 20 November - Mandat yang diberikan kepada Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka diharap...
BAN HONG MAHU JADI EXCO MAMPU SEJAHTERAKAN RAKYAT
SERI NEGERI 20 November - Datuk Wira Lim Ban Hong akan meneruskan usaha memperkukuh kualiti perkhidmatan kesihatan negeri dan bertekad...

