Sorting by

×

DEWAN ‘RAJA SEHARI’ PALING BERBALOI DI AYER KEROH

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 15 Mei – Bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan di lokasi eksklusif dengan pelbagai fasiliti lengkap wajar mempertimbangkan Kompleks CMI sebagai lokasi pilihan.

Dewan Kompleks CMI yang terletak di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh bukan sahaja luas dan selesa untuk majlis perkahwinan, malah ia juga menawarkan harga yang sangat berbaloi.

Dengan sewaan serendah RM1,840 (tidak termasuk caj SST), dewan ini dapat memberikan memori indah buat pasangan ‘raja sehari’ sempena hari bahagia.

Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dalam satu kenyataan memaklumkan, dewan tersebut boleh memuatkan sehingga kira-kira 500 tetamu pada satu-satu masa, sekali gus sesuai bagi majlis berskala sederhana dan besar.

Jelas CMI, pelbagai kemudahan dan fasiliti turut disediakan antaranya tandas dan surau, selain kemudahan parkir yang luas untuk memberi keselesaan kepada tetamu sepanjang majlis berlangsung.

“Turut disediakan ruangan santai gazebo yang boleh digunakan tetamu untuk berehat selain menjadi lokasi bergambar,” kata kenyataan tersebut.

WhatsApp Image 2026 05 14 at 6.00.25 PM
DEWAN Kompleks CMI yang terletak di Jalan Lingkaran MITC, Ayer Keroh. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Tambah CMI, selain majlis perkahwinan, dewan itu juga sesuai untuk cara pertunangan, majlis kesyukuran dan pelbagai program lain.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Pemasaran CMI di talian 016-4576641.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

141
Kongsi :
Previous post KARNIVAL HEBADS 2026 CETUS GENERASI BERANI KATAKAN TIDAK KEPADA BULI, DADAH