Sorting by

×

LEBIH 20,000 RUMAH MAMPU MILIK SIAP DIBINA DI MELAKA

Masa Membaca:48 Saat

AYER KEROH 15 Mei – Sebanyak 20,192 unit Rumah Mampu Milik (RMM) sudah siap dibina oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM) daripada jumlah keseluruhan 61,896 kediaman jenis berkenaan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri.

Pengarah Eksekutif LPM Datuk TPr. Murad Husin berkata, daripada jumlah unit yang telah siap dibina di seluruh Melaka itu sebanyak 19,897 kediaman sudah dijual.

“Bagi tempoh 2018 hingga Disember 2025 Kerajaan Negeri merancang membina 61,896 dan daripada jumlah itu 20,192 sudah siap, sebanyak 18,776 unit kini dalam fasa pembangunan manakala 22,928 unit sedang dalam proses perancangan.

“Proses ini turut melibatkan kelulusan dari Mesyuarat Jawatankuasa Pecah Sempadan Tanah dan Belah Bahagi Negeri Melaka (JKBB) yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,” katanya,

Menurut TPr. Murad, berdasarkan perkembangan semasa sektor pembangunan perumahan Melaka berada pada landasan yang kukuh hasil daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkasa dasar perumahan yang semakin efisien.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

105
Kongsi :
Previous post DEWAN ‘RAJA SEHARI’ PALING BERBALOI DI AYER KEROH