
Teater Hikayat Hang Tuah ‘full house’
BANDARAYA MELAKA 30 Jun – Teater Hikayat Hang Tuah kini dipentaskan di Panggung Bangsawan Melaka menerima sambutan amat menggalakkan, malah tiketnya sudah habis ditempah sejak dibuka bermula Jumaat lalu.
Bertajuk ‘Ampun Tuanku, Titah Dijunjung’, teater itu dibintangi pelakon terkenal, Remy Ishak yang membawa watak utama iaitu Hang Tuah menambahkan lagi keunikan pementasan tersebut.
Tetaer berdurasi selama dua jam itu turut dibintangi Zul Huzaimy, Ashraf Muslim, Aziz M Osman, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Ahmad Tamimi Siregar serta ramai lagi.
Teater Hikayat Hang Tuah: ‘Ampun Tuanku, Titah Dijunjung’ arahan Lokman Ghani membuka peluang orang ramai menyaksikan karya itu dengan penganjuran selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Jun ini.
Terdahulu tinjauan Melaka Hari Ini mendapati, orang ramai mula berhimpun di pekarangan panggung tersebut sejak jam 7 bagi menyaksikan pementasan yang berlangsung pada jam 8.30 malam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
13 MENARA, STESEN MINYAK, ATM: YB ALONG SEJAHTERAKAN HIDUP WARGA ASAHAN
ASAHAN 25 Ogos - Kemudahan asas dan kebajikan masyarakat luar bandar menjadi fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan,...
BUKIT RAMBAI, ALOR GAJAH CATAT BACAAN IPU TIDAK SIHAT
AYER KEROH 25 Ogos - Stesen pemantauan kualiti udara di Bukit Rambai dan Alor Gajah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara...
KEBAKARAN MAAHAD TAHFIZ TVET TIDAK MELIBATKAN PELAJAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Kebakaran sebuah bangunan di Maahad Tahfiz TVET Pulau Besar, semalam, tidak membabitkan pelajar apabila kesemua...
LEBIH 7,000 MERIAHKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MELAKA
DUYONG 25 Ogos - Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M Peringkat Negeri Melaka menghimpunkan lebih 7,000 peserta daripada 101 kontinjen, sekali gus...
40 KEDIAMAN ORANG ASLI DUN MACHAP JAYA AKAN DIBAIK PULIH
MACHAP JAYA 25 Ogos - Sebanyak 40 buah kediaman masyarakat Orang Asli di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya...
