
Harga roti Gardenia naik
KUALA LUMPUR 30 Nov – Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) dalam satu kenyataan rasminya sebentar tadi menyebut beberapa produk keluarannya bakal menyaksikan peningkatan harga sehingga RM0.20 sen bermula 1 Disember.
Kenyataan itu turut menjelaskan, peningkatan harga itu bermula dari RM0.05 sen melibatkan produk roti seperti Gardenia Squiggles – Funky Strawberry, Choco Malto, Gardenia Delicia Soft Roll – Butter Toffee, Sambal Bilis dan Gardenia Fluffy Red Beans.

Untuk kenaikan harga RM0.20 sen pula melibatkan produk roti The Gardenia Toast’em, Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin dan Raspberry Milk & Cranberries.
“Semakan harga ini dibuat kerana kenaikan harga bahan mentah seperti lemak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan.
“Fokus kami sekarang adalah untuk terus meningkatkan usaha untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan operasi,” katanya sambil menambah keputusan untuk meningkatkan harga produk adalah pilihan terakhir.
GBKL pada masa sama berkata tiada peningkatan harga bagi produk lain keluaran syarikat itu.
Views:
Related


Berita Lain
68 LAMPU SOLAR TERANGI JALAN GELAP ASAHAN
ASAHAN 26 Ogos - Jalan-jalan gelap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal diterangi 68 lampu solar yang bakal dipasang...
‘TOK RAUF, YB ALONG BAGAI ANUGERAH BUAT KAMI’
ASAHAN 25 Ogos - Dua pemimpin ini bagai anugerah untuk kami, itu kata generasi kedua Felcra Bukit Sedanan yang menyifatkan...
RM1.7 JUTA NAIK TARAF MAAHAD TAHFIZ TVET PULAU BESAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Bangunan lama Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Besar yang berusia...
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
13 MENARA, STESEN MINYAK, ATM: YB ALONG SEJAHTERAKAN HIDUP WARGA ASAHAN
ASAHAN 25 Ogos - Kemudahan asas dan kebajikan masyarakat luar bandar menjadi fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan,...
BUKIT RAMBAI, ALOR GAJAH CATAT BACAAN IPU TIDAK SIHAT
AYER KEROH 25 Ogos - Stesen pemantauan kualiti udara di Bukit Rambai dan Alor Gajah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara...
