
LEBIH 6,000 BERARAK DI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MELAKA
BANDARAYA MELAKA 16 September – Seramai 6,398 umat Islam di negeri ini berarak sambil mengalunkan qasidah dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW sepanjang 3.91 kilometer (km), pagi ini.
Perarakan itu diketuai Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446 Hijriyyah Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 Masihi.
Sebanyak 121 kontijen terlibat pada perarakan itu mewakili pelbagai jabatan, agensi kerajaan termasuk swasta, institusi pendidikan, japerun dan masjid.
Tun Dr. Mohd Ali bersama Ab Rauf berarak bermula di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit dan berakhir di Dataran Pusat Islam Melaka, Bukit Palah.
Terdahulu Tun Mohd Ali tiba di perkarangan stadium berkenaan pada jam 8.20 pagi disambut Ab Rauf.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
EKSPLORASI EKSPANSI KUKUHKAN JARINGAN KOPERASI MELAKA- TERENGGANU
TERENGGANU 3 September - Program Eksplorasi Pasaran dan Jaringan Perniagaan (EKSPANSI) Gerakan Koperasi Negeri Melaka melakar sejarah apabila menyaksikan pemeteraian...
PELANCONGAN MELAKA TARIK MINAT ORANG JEPUN
OSAKA, JEPUN 3 September - Kerajaan Negeri menerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) terus melipatgandakan usaha dalam menarik kehadiran pelancong dari...
DELEGASI ‘INFLUENCERS JDT FC’ RASAI KEUNIKAN MELAKA RIVER CRUISE
BANDARAYA MELAKA 3 September - Delegasi Johor Darul Takzim (JDT) Football Club Influencers World Cup 2025 memeriahkan suasana malam di...
MCORP PROMOSI MELAKA SEBAGAI DESTINASI PELABURAN TERBAIK DI OSAKA
OSAKA, JEPUN 3 September - Perbadanan Melaka (MCORP) mengambil peluang mempromosikan tiga kawasan perindustrian baharu Melaka pada penyertaan di World...
BOLA SEPAK SATUKAN CMO DAN MPJ
JASIN 3 September - Perlawanan persahabatan bola sepak antara Pejabat Ketua Menteri Melaka (CMO) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) berlangsung...
WANITA INDIA MELAKA AKTIF PERKUKUH JAMBATAN PERPADUAN
BANDARAYA MELAKA 3 September – Program 'An Evening In Multicolor' disifatkan sebagai simbol kepelbagaian yang menyatukan masyarakat tanpa mengira latar...