
POLIS NAFI DAKWAAN PEGAWAI KANAN TERLIBAT KEGIATAN GISBH
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menafikan dakwaan tersebut dan berkata ia merupakan satu fitnah terhadap pasukan polis yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab melalui akaun palsu.
“Kita tahu ini adalah akaun palsu yang mencipta fitnah berkenaan, dan dakwaan melibatkan pegawai polis dengan GISBH adalah tidak benar,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok menamakan beberapa pegawai kanan PDRM yang didakwa melindungi dan menerima wang daripada syarikat itu untuk kegunaan peribadi.
Pada 11 Sept lepas, polis mula mengadakan Op Global yang menyaksikan serbuan terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dikaitkan dengan GISBH. Syarikat tersebut didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban.
Fasa keempat Op Global yang dijalankan di seluruh Semenanjung Malaysia semalam turut menemukan beberapa risalah yang mengandungi elemen bercanggah dengan ajaran agama Islam serta barang khurafat. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WRUR TELOK MAS BERI PENDEDAHAN ANAK MUDA DUNIA KESUKARELAWANAN
TELOK MAS 13 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas bukan sahaja menampilkan...
MALIGA ENGGAN MENYERAH, TERUS BERJUANG LAWAN KANSER
KESIDANG 13 Jun - Disebalik wajah yang sentiasa mengukir senyuman, hakikatnya dia kini sedang 'berjuang' dan enggan menyerah kalah melawan...
MAIM SEDIA BANTUAN PENDAFTARAN KE IPT UNTUK ANAK ASNAF
PENGKALAN BATU 12 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited memastikan anak-anak daripada keluarga asnaf tidak tercicir daripada...
POLITEKNIK MERLIMAU RANGKUL EMAS, DINOBAT FAC MASTER, LAYAK KE FIRA WORLD CUP 2027
JASIN 12 Jun - Kontinjen robotik Politeknik Merlimau Melaka (PMM) berjaya mengharumkan nama institusi itu, apabila merangkul satu pingat emas...
PAMERAN ROBOTIK, TEKNOLOGI DUNIA AI TERBESAR DI MELAKA ESOK
KESIDANG 12 Jun - Orang ramai berpeluang menyaksikan pameran robotik dan teknologi kecerdasan buatan (AI) terbesar serta paling interaktif yang...
SETIAP ANAK ADA KEISTIMEWAAN TERSENDIRI – ALLEX
KESIDANG 12 Jun - Kejayaan bagi kanak-kanak bukan diukur berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata, sebaliknya ada murid yang menyerlah dalam sukan,...

