
KIOS MPHTJ BUKA HINGGA 12 TENGAH MALAM
AYER KEROH 4 Oktober – Kemudahan dua unit kios bayaran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) yang beroperasi selepas waktu bekerja, melancarkan lagi urusan orang ramai, khusus mereka yang berdepan kekangan masa.
Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata kios berkenaan diletakkan di luar pejabat MPHTJ dan beroperasi bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengah malam.
“MPHTJ menyediakan dua kios bahagian luar bangunan kita yang mana kios ini boleh digunakan pada waktu ditetapkan.
“Pengguna boleh menjelaskan bayaran kompaun, cukai dan memperbaharui lesen perniagaan mereka di kios ini dengan lebih mudah serta pantas,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Katanya, urusan orang ramai tidak akan terbantut dan boleh diselesaikan dengan lebih cepat Meskipun kaunter MPHTJ ditutup selepas jam 5 petang.
“Jangan risau jika kaunter MPHTJ tutup sebab kita ada dua unit kios di luar ini, memang sudah ramai yang memanfaatkannya.
“Sudah tentu kewujudan kios ini memberi banyak manfaat kepada orang ramai khususnya di kawasan pentadbiran MPHTJ,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAMADAN DUN SUNGAI UDANG DIIMARAHKAN DENGAN PROGRAM TAQARRUB
SUNGAI UDANG 24 Februari - Penganjuran Program Taqarrub Ramadan yang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang menarik perhatian...
RAMADAN ERATKAN SILATURAHIM, KOMUNITI ORANG ASLI DUN GADEK DISANTUNI
GADEK 24 Februari - Lebih 50 komuniti mualaf termasuk kanak-kanak dalam kalangan masyarakat Orang Asli Kampung Bukit Sebang, Alor Gajah...
MPJ PANTAU BAZAR RAMADAN, PASTIKAN TIADA ISU KEBERSIHAN
JASIN 24 Februari - Persekitaran dan tahap kebersihan 10 Bazar Ramadan seliaan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) berada pada tahap memuaskan...
HOTEL TAMARA KONGSI REZEKI SEMPENA TAHUN BAHARU CINA
BANDARAYA MELAKA 24 Februari - Sambutan Tahun Baharu Cina di Hotel Tamara Melaka, tidak hanya diisi program berbentuk hiburan dan...
SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA HOTEL TAMARA PENUH MAKNA
BANDARAYA MELAKA 24 Februari - Sambutan Tahun Baharu Cina Hotel Tamara Melaka, bukan sekadar diceriakan dengan dekorasi dan persembahan tarian...
ZAHARI PANTAU KAWASAN TERJEJAS LIMPAHAN AIR SUNGAI
DURIAN TUNGGAL 24 Februari - Penduduk beberapa lokasi sekitar Durian Tunggal hidup dalam keresahan berikutan kediaman mereka terjejas akibat kejadian...
