
Indonesia terima 1.2 juta dos vaksin COVID-19
JAKARTA 7 Dis – Indonesia menerima sebanyak 1.2 juta dos vaksin COVID-19 dari China yang diterbangkan menggunakan pesawat Garuda dari Beijing, malam tadi.
Biro Pers, Media dan Informasi, Sekretariat Presiden dalam satu kenyataan berkata vaksin yang telah diuji sepenuhnya untuk digunakan itu, tiba di Jakarta pada 9.25 malam tadi.
Presiden Indonesia Joko Widodo dalam YouTube rasmi Sekretariat Presiden berkata Indonesia akan menerima tambahan sebanyak 1.8 juta dos lagi vaksin itu pada awal Januari 2021.
“Alhamdulillah vaksin sudah tersedia, artinya kita bisa segera mencegah meluasnya wabak COVID-19,” kata Presiden Joko Widodo.
Media tempatan sebelum ini melaporkan Indonesia menerusi Lembaga Biologi Molekuler Eijkman (LBM), badan di bawah Kementerian Riset dan Teknologi Indonesia bekerjasama dengan syarikat biofarmaseutikal dari China, iaitu Sinovac Biotech bagi melakukan penyelidikan vaksin COVID-19.
Mengikut data yang disiarkan laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia, setakat semalam, republik itu mencatatkan sebanyak 575,796 kes positif COVID-19 dengan jumlah kematian akibat virus itu kini 17,740 orang.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
ISU AIR TERMENUNG, TOK JEZ USAHA CARI PENYELESAIAN
SUNGAI RAMBAI 21 November – Masalah air termenung di Seri Mendapat mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai,...
PORTFOLIO BAHARU, AMANAH BESAR BUAT ABDUL RAZAK
AYER KEROH 21 November - Tanggungjawab menerajui portfolio perumahan, kerajaan tempatan dan kemajuan desa melibatkan kepentingan serta kesejahteraan rakyat menjadi...
KAMPUNG DIGITAL MODEL PENGURUSAN RAKYAT LEBIH SISTEMATIK
BANGI 21 November - Inisiatif Kampung Digital Melaka berpotensi menjadi model pengurusan masyarakat lebih sistematik untuk dicontohi pentadbiran kerajaan negeri...
ZULKIFLEE MAHU KLINIK UZUR DINAIK TARAF, BEBAN PETUGAS KESIHATAN DITANGANI
AYER KEROH 21 November - Usaha menaik taraf klinik kesihatan yang uzur serta menangani isu bebanan tugas dalam kalangan doktor...
ILMU BUKAN UNTUK DIRI, AB RAUF HADIAHKANNYA KEPADA RAKYAT
BANGI 21 November - Kejayaan menggenggam segulung ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) bukan sekadar pengiktirafan akademik buat Ketua Menteri Melaka...
TIGA TAHUN JADI SAKSI, AB RAUF BUKTIKAN TIADA YANG MUSTAHIL
BANGI 21 November - Mengimbangi tanggungjawab menerajui pentadbiran negeri dengan tuntutan pengajian di peringkat kedoktoran memerlukan pengorbanan masa yang bukan...
