
PELAJAR TAHFIZ MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata dalam kejadian pada 10.27 malam itu, Muhammad Fahim Rasyidi Shariful Hadi, 18, yang merupakan pelajar Madrasah Tahfiz Al Quranil Hakim, Kampung Gong Penaga, Jabi di sini, membasuh tangan di singki kantin asrama selepas selesai minum malam.
“Ketika berada dekat singki itu mangsa memegang mentol lampu elektrik yang sedang menyala yang berada berhampiran singki dan tiba-tiba mangsa terkena renjatan elektrik lalu rebah di tempat kejadian.
“Kejadian dipercayai berlaku kerana tangan mangsa dalam keadaan basah ketika memegang mentol lampu tersebut dan cuaca pula hujan lebat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Rozak berkata mangsa kemudiannya dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Besut oleh guru di madrasah tersebut.
Bagaimanapun katanya mangsa yang berasal dari Klang, Selangor disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada 11.35 malam tadi.
“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
GTP: MELAKA MENUJU HAB INDUSTRI STRATEGIK ANTARA JOHOR – KUALA LUMPUR
BEMBAN 6 Februari –Melaka berpotensi menjadi hab industri strategik antara Johor dan Kuala Lumpur dengan perancangan kawasan perindustrian yang tersusun...
KEMAJUAN TANAH GTP FASA 1 CAPAI 40 PERATUS
BEMBAN 6 Februari – Pembangunan German Technology Park (GTP) Fasa 1 kini telah mencapai kemajuan 40 peratus, sekali gus mencerminkan...
GTP: CERMINAN KOMITMEN MELAKA SEBAGAI HAB INDUSTRI BERTEKNOLOGI TINGGI
BEMBAN 6 Februari - Galeri Jualan German Technology Park (GTP) disifatkan sebagai cerminan kepada komitmen Kerajaan Negeri dalam menyediakan persekitaran...
MELAKA ANJUR PAMERAN MANUSKRIP SEJARAH DARI PELBAGAI NEGARA
DUYONG 6 Februari - Melaka akan menganjurkan pameran yang menonjolkan sumber sejarah asal Kesultanan Melayu Melaka yang diperoleh dari pelbagai...
BIMBINGAN KEWANGAN BUKA PELUANG UNTUK USAHAWAN MELAKA BERKEMBANG
KESIDANG 6 Februari – Pembiayaan dan pengurusan kewangan diberikan tumpuan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha berterusan memperkukuh ekosistem keusahawanan Melaka....
AB RAUF KONGSI INISIATIF BERMANFAAT BERSAMA SAARANI
SERI NEGERI 6 Februari – Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, mengadakan Kunjung Hormat terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk...
