
COVID-19: Rakyat Malaysia antara 13 kes import di Singapura
SINGAPURA 8 Dis. – Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan satu daripada 13 kes import yang diumum semalam, melibatkan seorang rakyat Malaysia berusia 45 tahun.
Dilabelkan sebagai kes 58490, pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia itu telah diberikan notis duduk di rumah (SHN), demikian menurut MOH dalam data penuh yang dikeluarkan malam tadi.
Kementerian itu memaklumkan lelaki berkenaan dan 11 lagi kes import didapati tidak bergejala dan dikesan daripada pengawasan dan saringan proaktif.
Kes import yang bergejala pula membabitkan seorang lelaki Singapura berusia 38 tahun yang pulang dari Indonesia.
Setakat tengah hari semalam, republik itu melaporkan 13 kes baharu, dengan tiada kes penularan tempatan, menjadikan jumlah jangkitan kepada 58,273 kes.
Kira-kira 99 peratus atau 58,168 kes telah sembuh sepenuhnya manakala 28 kes masih berada di hospital dan tiada yang dirawat di unit rawatan rapi.
Sementara itu, 48 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau secara klinikal sihat, tetapi diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.
Sehingga kini, 29 orang maut akibat komplikasi daripada jangkitan COVID-19 dengan kematian terakhir dilaporkan pada 28 Nov dan dua kematian pertama di republik ini pada 21 Mac lepas.
Singapura telah menamatkan kluster koronavirus terakhir, asrama pekerja asing pada 25 Nov.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
‘ROH MELAKA’ LAHIR DARIPADA KEPELBAGAIAN
BANDA HILIR 26 September - Kepelbagaian budaya, bangsa dan tamadun yang hidup bersama sejak berabad lamanya menjadi antara kekuatan utama...
WARISAN KUIH BULAN JADI TARIKAN PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 26 September - Festival Kuih Bulan bukan sekadar wadah meraikan tradisi masyarakat Tionghua, malah berpotensi dikembangkan sebagai produk...
‘ELEMEN VERNAKULAR WAJAR JADI KOMPONEN SAHAJA, BUKAN SEKOLAH’
AYER KEROH 26 September - Sekolah vernakular tidak sepatutnya wujud dalam bentuk sekolah berasingan sebaliknya elemen vernakular hanya perlu dikekalkan...
CADANG SATU RUMAH, SATU PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI
AYER KEROH 26 September - Satu rumah, satu Perlembagaan Persekutuan dan negeri perlu dijadikan amalan setiap keluarga bagi meningkatkan kefahaman...
SENTUHAN KASIH KETUA MENTERI NYALAKAN SEMANGAT CALON SPM MELAKA
PENGKALAN BATU 26 September - Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri menjadi pencetus semangat kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk...
MATA PELAJARAN SEJARAH PERLU SENTIASA DIKAJI, DIKEMAS KINI
AYER KEROH 26 September - Mata pelajaran Sejarah perlu sentiasa dikaji dan dikemas kini selaras perubahan sosio-budaya semasa bagi memastikan...
