
KUBUNG TERSANGKUT KAWAT BERDURI DISELAMATKAN APM
TABOH NANING 6 November – Seekor kubung yang cedera akibat tersangkut pada pagar yang dipasang kawat berduri, diselamatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Alor Gajah, baru-baru ini.
Dalam kejadian di Kampung Taboh Naning, haiwan liar itu cedera pada bahagian kanan badan akibat tersangkut pada kawat dan tidak dapat melepaskan diri.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah, Kapten (PA) Shahrulnizam Mad Shah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu sebelum menggerakkan tiga anggota ke lokasi.
“Sebaik tiba, didapati spesies haiwan liar yang turut dikenali sebagai Sunda Flying Lemur itu masih tidak dapat terbang dan mengalami kecederaan pada badan.
“Anggota APM mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menyelamatkan haiwan itu yang agresif ketika operasi menyelamat dilakukan,” katanya.
Beliau berkata, ia merupakan kes pertama diterima APM Alor Gajah membabitkan kubung di daerah tersebut.
Menurutnya, haiwan itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Melaka untuk tindakan selanjutnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: KACAU WAJIK ERAT MUAFAKAT, JENTERA BN-PAS SANTUNI PENDUDUK LENDU
LENDU 5 November - Program Kacau Wajik anjuran Wanita Komuniti Kampung Lendu bersama rakan komponen PAS di Pusat Daerah Mengundi...
PRN MELAKA: CARA BERBEZA, SOKONGAN SAMA BUAT HELMY
DUYONG 5 November - Sokongan terhadap penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dizahirkan...
SST DISERAH, BLOK WANITA DAN KANAK-KANAK HOSPITAL MELAKA SASAR SIAP 2031
PENGKALAN BATU 5 November – Surat Setuju Terima (SST) bagi pembinaan Blok Wanita dan Kanak-kanak Hospital Melaka diserahkan kepada syarikat...
BLOK BAHARU TINGKAT KAPASITI HOSPITAL MELAKA KEPADA 1,619 KATIL
PENGKALAN BATU 5 November – Kapasiti Hospital Melaka bakal meningkat kepada 1,619 katil menerusi pembinaan Blok Wanita dan Kanak-kanak yang...
HAMPIR 10 PROGRAM DIATUR DEKATI ANAK MUDA DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 5 November – Pertemuan di pasar malam hingga pertandingan e-sukan, hampir 10 program disusun jentera Pemuda Barisan Nasional...
DEEPAVALI: DISKAUN TOL 50 PERATUS RINGANKAN PERJALANAN BALIK KAMPUNG
PENGKALAN BATU 5 November – Pengguna lebuh raya yang merancang pulang ke kampung atau menziarahi keluarga sempena Deepavali bakal menikmati...
