
JEJANTAS TUN TEJA NAMA BAHARU JEJANTAS MELAKA SENTRAL
SERI NEGERI 27 Disember – Jejantas Melaka Sentral bakal dikenali dengan nama baharu iaitu Jejantas Tun Teja.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, jejantas yang telah bertukar wajah dengan konsep warisan seni bina Istana Melaka itu bakal menjadi satu lagi daya tarikan dan mercu tanda baharu pelancongan Negeri Melaka.
Menariknya, pengumuman nama baharu itu disampaikan secara bersahaja oleh Ketua Menteri menerusi serangkap pantun.
“Harum semerbak bunga kemboja,
Harum lagi si bunga cempaka;
Nama diberi Jejantas Tun Teja,
Mercu baharu negeri Melaka.”
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025, di Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM SALUR RM450,000 BANTU USAHAWAN ASNAF BERSINAR
SERKAM 3 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited dalam membantu usahawan asnaf menerusi Dana Bantuan Perniagaan berjumlah...
MPHTJ BAWA KELAINAN RAMADAN, EDAR 2,000 BUBUR KACANG, PULUT HITAM
AYER KEROH 3 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengagihkan sebanyak 2,000 bekas bubur kacang dan bubur pulut...
BAZAR DI MELAKA TIDAK HAMBAR
PAYA RUMPUT 3 Mac - Dakwaan mengaitkan jualan peniaga Bazar Ramadan dan Aidilfitri di negeri ini terjejas susulan sambutan hambar...
KES CURI KABEL DI MELAKA MENURUN
AYER KEROH 3 Mac - Kes kecurian kabel di Melaka mencatat penurunan lebih 36 peratus tahun lalu apabila hanya 67...
‘PAY NOW CRUISE LATER’ TAWAR PENJIMATAN SEHINGGA 30 PERATUS
BANDARAYA MELAKA 3 Mac - Diskaun sehingga 30 peratus ditawarkan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi pembelian tiket...
MELAKA JAMIN BEKALAN AIR CUKUP, PARAS 3 EMPANGAN UTAMA MENINGKAT
AYER LIMAU 3 Mac - Paras air di tiga empangan utama Melaka kini di paras stabil, sekali gus menjamin bekalan...
