
NAIK TARAF MEDAN SELERA SULTAN MUHAMMAD DEMI KESELESAAN PENIAGA
KESIDANG 4 Januari – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sedang melaksanakan kerja naik taraf Medan Selera Sultan Muhammad, Batu Berendam bagi memberi keselesaan kepada 12 peniaga.
Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata kerja-kerja naik taraf medan selera itu menelan kos sebanyak RM186,690 dan dijangka siap sepenuhnya pada 9 Januari ini.
Katanya, kerja naik taraf itu melibatkan pemasangan bumbung ‘metal deck’ beserta kerangka besi dan tiang jenis ‘hollow column’ selain menebang dua pokok.
“Turut dilaksanakan kerja asas tapak jenis konkrit bertetulang, kerja-kerja ‘imprint concrete’, ‘cement render’, pemasangan ‘gutter’ baharu pada bumbung, pemasangan salur air baharu.
“Kami juga memasang lampu dan kipas, penapis minyak dan ‘exhaust fan’ yang mana semuanya baharu, suasana medan selera ini juga akan lebih ceria apabila turut dicat semula,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Sapiah, peniaga juga diminta untuk bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran medan selera dan mematuhi peraturan ditetapkan.
Terdahulu MPHTJ telah mengadakan penyerahan tapak projek menaik taraf Medan Selera Sultan Muhammad kepada wakil peniaga.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...

