
RV PARK BUKIT SERINDIT PENUHI KEPERLUAN ASAS PEMINAT KARAVAN
DUYONG 18 Januari – Recreational Vehicle (RV) Park Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit memenuhi keperluan asas peminat karavan di Malaysia berikutan mempunyai fasiliti yang lengkap.
Presiden Persatuan Campervan dan Motorhome Malaysia, Farman Othman berkata meskipun tiada tarikan seperti pemandangan atau panorama yang dicari peminat kenderaan pelbagai guna itu namun lokasinya strategik terletak di tengah kawasan bandar.
Katanya, lokasi RV Park di dalam kawasan stadium itu menggamit kunjungan peminat karavan dari seluruh negeri kerana memenuhi keperluan dengan fasiliti lengkap.
βSaya kagum dengan usaha Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman yang membuat simulasi sebelum buka kepada pengunjung di RV Park ini.
βKajian dilaksanakan, panggil kami untuk berkemah di sini dan adakan sesi dialog mengenai keperluan asas yang diperlukan membuatkan kami bangga dan kagum.
βSejujurnya meskipun tiada panorama atau pemandangan laut dan pantai sekitar kawasan ini namun ia tetap menggamit kunjungan kami kerana lokasi ini lengkap dan sesuai untuk peminat karavan,β jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program β2025 Camper Rally Melakaβ yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut peserta, Azizan Majid, 62Β dia dan isteri Che Rohani Salleh, 62 pasti akan kembali ke Melaka untuk bercuti lagi di RV Park Bukit Serindit.
Katanya, fasiliti yang disifatkan lengkap memudahkan mereka untuk bermalam dan melaksanakan pelbagai aktiviti tanpa perlu pergi jauh dan bertumpu di kawasan setempat.
βSaya sudah berkecimpung dalam arena karavan ini sudah lebih 10 tahun dan Melaka antara negeri mesra karavan.
βBoleh dikatakan bukan sahaja lengkap malahan ia strategik, apatah lagi peminat karavan ini terdiri daripada pelbagai golongan usia, dan kami golongan berusia sudah pasti mahukan keselesaan dan di sini ia bukan sahaja lengkap malahan selesa dan selamat,β jelasnya yang berasal dari Negeri Sembilan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


