
Penghantar makanan e-hailing diminta carum SKSPS
AYER KEROH 16 Dis. – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Melaka menyeru penghantar makanan melalui perkhidmatan e-hailing di negeri ini supaya membuat caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Pengarahnya Abd. Razak Omar berkata, dibawah skim caruman itu sebanyak 70 peratus subsidi diberikan PERKESO dan pencarum iaitu penghantar makanan hanya perlu mencarum 30 peratus sahaja.
“Setakat ini sambutan agak tinggi apabila kira- kira 150 orang penghantar makanan sudah mendaftar berbanding hanya 97 orang sebelum ini.
“Bagaimanapun, saya menyeru agar lebih ramai yang tampil mendaftar dan jelaskan 30 peratus jumlah caruman itu kerana di Melaka kita mempunyai lebih 500 penghantar makanan,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya menyambut baik inisiatif kerajaan negeri apabila Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengumumkan bantuan caruman PERKESO buat penarik beca dan pemandu teksi di Melaka pada Belanjawan Melaka 2021.
“Kita baru dapat bayaran dua bulan lepas dan mulai tarikh itu mereka akan dilindungi selain amat berharap penarik beca dan pemandu teksi ini akan memperbaharui dari semasa ke semasa kerana jumlahnya tidak besar hanya RM13 sebulan,” katanya.
Views:
Related

ジョコが記者会見 インドネシア大統領選20190417200550_Data-のコピー-300x169.jpg)
Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
