
Allahyarhamah Tun Rahah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara – Muhyiddin
KUALA LUMPUR 18 Dis. – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak serta seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Rahah Mohd Noah.
Muhyiddin merakam ucapan takziah menerusi hantaran di laman Facebook rasminya petang tadi.
“Saya mewakili Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan seluruh ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarhamah Tun Rahah pada 18 Disember 2020 bersamaan dengan 3 Jamadilawal 1442H.
“Kerajaan telah memutuskan supaya Allahyarhamah Tun Rahah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara dan jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 19 Disember 2020 bersamaan dengan 4 Jamadilawal 1442H.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Tun Rahah dan menempatkan beliau bersama-sama golongan yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM REKOD 41 INDIVIDU PELUK ISLAM DI MELAKA TAHUN INI
BUKIT KATIL 15 Mei - Seramai 41 saudara baharu telah direkod memeluk Islam dan berdaftar di bawah Majlis Agama Islam...
WARGA EMAS TERLANTAR TERHARU DISANTUNI MAIM
AYER MOLEK 14 Mei - Kehidupan seorang warga emas yang terlantar akibat angin ahmar menjadi antara lembaran kisah yang membuktikan...
BANTUAN PERSEKOLAHAN NYALAKAN SEMANGAT 241 ANAK ORANG ASLI JASIN
ASAHAN 14 Mei - Seramai 241 murid dan pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli daerah Jasin menerima bantuan persekolahan sumbangan...
PENGANGGUR MAUT, RAKAN CEDERA DISERANG KETIKA JUAL BELI PERISA ‘VAPE’
JASIN 14 Mei - Seorang penganggur maut manakala rakannya cedera selepas dipercayai diserang menggunakan senjata akibat perselisihan faham dalam kejadian...
‘RIDE’ PALING BERGAYA DI MENARA TAMING SARI, AHAD INI
BANDA HILIR 14 Mei - Menara Taming Sari bakal mencuri tumpuan ramai pada 17 Mei ini apabila bakal menjadi lokasi...
‘KAMI MAHU BERUBAH, ENGGAN HIDUP TERASING’
MACHAP JAYA 13 Mei - Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Machap Jaya tidak mahu terus dilihat terasing,...
