
KELAINAN BERBUKA PUASA DI DATARAN VISTA ALAMANDA
JASIN 7 Mac – Orang ramai khususnya warga Jasin yang ingin merasai kelainan suasana berbuka puasa dipelawa untuk memilih Dataran Vista Alamanda (DVA) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) sebagai lokasi pilihan.
MPJ dalam satu kenyataan memaklumkan bersempena Ramadan ini, pihaknya menganjurkan program Jom Santai Iftar Bersama Keluarga @ DVA MPJ.
Menurut MPJ, program itu akan diadakan sepanjang Ramadan bermula jam 6 petang hingga 8 malam.
“Orang ramai yang berminat perlu membawa juadah berbuka dan tikar masing-masing. Ruang solat turut disediakan,” jelas kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, MPJ turut meminta orang ramai agar menjaga kebersihan di kawasan tersebut.
“Jagalah kebersihan dengan membuang sisa makanan ke dalam tong yang disediakan. Menjaga kebersihan tanggungjawab bersama,” tambah kenyataan berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RM450,000 BANTU RAKYAT ASAHAN DIAMI RUMAH LEBIH SELESA
ASAHAN 24 Ogos - Sebanyak 13 permohonan menerusi inisiatif Melaka Rumahku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan diluluskan sehingga tahun...
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...

