Sorting by

×

MELAKA ANGKAT SENI PEMBUATAN LAYANG-LAYANG

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 30 April – Bengkel unik yang menyatukan elemen tradisional dan kemahiran turun-temurun bakal berlangsung di perkarangan Muzium Dunia Melayu Dunia Islam, Jalan Kota.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Erne Hamsah berkata inisiatif itu dilaksanakan menerusi penganjuran Bengkel Pembuatan Layang-Layang pada 10 Mei ini dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

“Bengkel ini dianjurkan bagi memastikan seni pembuatan layang-layang tidak dilupakan oleh generasi muda dan terus kekal sebagai salah satu warisan tidak ketara negara.

“Ia juga bertujuan memberikan pendedahan dan kemahiran baharu kepada peserta dalam bidang seni kraftangan tradisional.

“Menariknya, bengkel ini menampilkan tenaga pengajar berpengalaman dari Persatuan Warisan dan Adat Keris Melaka dan Indah Dunia House yang telah lama bergiat aktif dalam dunia seni pembuatan layang-layang,” katanya.

Menurut Erne penyertaan masih dibuka, namun terhad kepada 50 orang sahaja dengan yuran penyertaan hanya RM10 seorang.

“Peserta akan berpeluang mempelajari proses pembuatan layang-layang secara langsung daripada pakar.

“Orang ramai yang berminat boleh segera mendaftar dan menetapkan jadual mereka agar tidak terlepas peluang menyertai program yang penuh dengan nilai warisan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

420
Kongsi :
Previous post PREMIS GAGAL URUS SISA, 20 NOTIS KESALAHAN DIKELUARKAN
Next post KANAK-KANAK PEREMPUAN DUA TAHUN TERPERANGKAP DALAM KERETA