
PROMOSI JUALAN ‘KAW-KAW’ SEMPENA MELAKA BILA LARUT MALAM MEI 2025
AYER KEROH 2 Mei – Bukan sahaja dapat menikmati diskaun hebat malah pembeli bertuah yang berbelanja di Malaysia Midnight Sale sempena Melaka Bila Larut Malam edisi Mei 2025 bakal membawa pulang hadiah bernilai lebih RM20,000.
Tourism Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, program jualan itu akan diadakan di pusat beli belah Mahkota Parade, bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam, pada Sabtu ini.
“Pengunjung boleh menikmati potongan diskaun hebat di outlet-outlet terpilih yang mengambil bahagian dan pastinya dapat penjimatan berbaloi.
“Malaysia Midnight Sale ini sudah bermula sejak semalam namun bersempena Melaka Bila Larut Malam pada Sabtu waktu operasi dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam,” katanya.
Jelas Tourism Melaka, selain dapat berbelanja, pengunjung yang hadir juga bakal dihiburkan dengan persembahan artis rock popular tanah air iaitu Datuk Awie.
“Sudah pastinya pengunjung yang hadir bukan sahaja dapat berbelanja dengan harga istimewa yang ditawarkan malah menyaksikan persembahan nyanyian.
“Untuk itu orang ramai khususnya rakyat Melaka dijemput untuk bersama-sama memeriahkan promosi jualan dan sambutan Melaka Bila Larut Malam,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: TENGAH MALAM YB ALONG TURUN, KEPRIHATINAN DIKENANG PENDUDUK ASAHAN
ASAHAN 13 November - Keprihatinan Datuk Dr. Fairulnizam Roslan yang sanggup turun padang pada tengah malam menyantuni mangsa ribut amat...
PRN MELAKA: ‘APAPUN LANGGAR SAYA DI DEPAN, SAYA TAHU ORANG DUYONG ADA DI BELAKANG’ – HELMY
DUYONG 13 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy...
PRN MELAKA: KIMMA GERAK JENTERA, BANTU PENGUNDI INDIA MUSLIM KELUAR MENGUNDI
PENGKALAN BATU 13 November - Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) menggerakkan jentera di seluruh 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)...
AB RAUF MAHU KOA DENKO BUKA LEBIH BANYAK PELUANG KEPADA SYARIKAT TEMPATAN
AYER KEROH 13 November – Peluasan operasi KOA Denko Malaysia Sdn Bhd di Melaka diharap membuka lebih banyak ruang kerjasama...
ABDUL HADI GUNA ANALOGI WUDUK JELASKAN KEWAJIPAN MENGUNDI
PAYA RUMPUT 13 November – Kewajipan mengundi bagi memilih kerajaan diumpamakan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang seperti mengambil...
MELAKA SASAR JADI HAB SEMIKONDUKTOR, TEKNOLOGI CANGGIH – AB RAUF
AYER KEROH 13 November – Melaka menyasarkan untuk memperkukuh kedudukannya sebagai hab industri semikonduktor dan teknologi canggih menerusi usaha menarik...
