Sorting by

×

ANGKAT MELAKA RIVER CRUISE SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN DUNIA

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

BANDARAYA MELAKA 9 Mei – Meskipun sudah tersohor sebagai ikon pelancongan Melaka, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) terus mengatur strategi bagi mengangkat produk ditawarkan, khususnya Melaka River Cruise (MRC) sebagai tarikan bertaraf dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Shaharul Azuar Idris berkata, pihaknya juga semakin agresif melaksanakan promosi dalam usaha menarik lebih ramai pelancong bagi suku kedua tahun ini.

“Perancangan ini bukan sekadar untuk memastikan kami sudah menyediakan perkhidmatan terbaik buat pelancong, tetapi dianggap sebagai kayu pengukur kepada prestasi keseluruhan PPSPM.

“Bagi tempoh 1 Januari hingga 30 April 2025, seramai 257,908 orang pengunjung atau pelancong direkodkan menaiki bot MRC. Bagi saya PPSPM kini berada pada fasa penting untuk mengangkat produk MRC sebagai tarikan pelancongan bertaraf dunia,”katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan PPSPM di Dataran Pengkalan Rama Pantai, di sini, pada Rabu.

Pada perhimpunan bulanan terbabit, seramai 10 kakitangan turut menerima sijil penghargaan Pekerja Cemerlang PPSPM bagi tahun 2024.

Selain itu, Shaharul Azuar turut menekankan beberapa sasaran kerja yang perlu dijadikan sebagai keutamaan dalam kalangan kakitangan untuk meningkatkan pencapaian dan kualiti perkhidmatan PPSPM.

“Semua kakitangan diminta agar terus proaktif dan kreatif dalam usaha memacu pertumbuhan organisasi, manfaatkan media sosial sebagai platform promosi serta menjaga disiplin ketika menjalankan tugas. Sasaran kerja yang saya ditekankan ini turut melibatkan pencapaian petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

622
Kongsi :
Previous post CAPAIAN INTERNET DUN LENDU SEMAKIN BAIK
Next post BAYI DISYAKI DIDERA SUDAH SEDAR, SEMAKIN STABIL