Sorting by

×

‘BOUGAINVILLEA’ CERIAKAN BANDAR JASIN

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

JASIN 21 Mei – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) meneruskan usaha penghijauan bandar dengan 200 anak pokok jenis Bougainvillea ‘Mrs Eva’ di sepanjang laluan utama di daerah Jasin.

Setiausaha MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, usaha itu bertujuan menambah baik keceriaan landskap perbandaran selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri.

“Sebanyak 200 pokok jenis Bougainvillea ‘Mrs Eva’ dipilih kerana warna bunganya yang menarik terutama ketika musim berbunga.

“Pokok-pokok tersebut ditanam dalam pasu berwarna putih untuk menambah daya tarikan visual sepanjang laluan.

“Objektif utama untuk meningkatkan keceriaan landskap perbandaran Jasin selaras dengan visi Kerajaan Negeri dalam memperindah Negeri Melaka, khususnya kawasan pentadbiran MPJ,” katanya.

Menurut Muhammad Zahiruddin, lokasi utama penanaman pokok berkenaan adalah di sepanjang jalan utama termasuk Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) yang merupakan laluan utama pelancong domestik memasuki Melaka melalui daerah Jasin.

“Usaha ini salah satu inisiatif meningkatkan imej dan pencapaian MPJ dalam usaha menghijaukan bandar, sebagai faktor tarikan unik serta ikon bagi jalan-jalan utama di bawah pentadbiran MPJ.

“Impak jangka panjang daripada usaha penghijauan dan pengindahan ini adalah supaya ia menjadi ‘trademark’ bagi laluan utama di Jasin.

“MPJ komited memperkukuh usaha penghijauan dan memastikan landskap bandar sentiasa menarik serta mesra alam demi kesejahteraan penduduk dan pelancong,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

535
Kongsi :
Previous post MELAKA REALISASIKAN IMPIAN RAKYAT MILIKI RUMAH SENDIRI – LPM
Next post MAIM SALUR BANTUAN TUNAI AIDILADHA KEPADA 11,450 ASNAF