Sorting by

×

LOGO BAHARU PERKUKUH IDENTITI ‘MELAKA RIVER CRUISE’

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 26 Mei – Selaras dengan aspirasi untuk kekal relevan dalam industri pelancongan, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) kini sedang membangunkan logo baharu ‘Melaka River Cruise’ yang lebih moden serta dinamik.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Shaharul Azuar Idris berkata, logo baharu itu akan menjadi simbol kepada revolusi PPSPM serta mencerminkan hala tuju organisasi dalam memperkukuh sektor pelancongan air di negeri ini.

“Logo baharu Melaka River Cruise ini akan menggambarkan identiti setiap produk yang lebih berdaya saing, selaras dengan semangat kami untuk terus maju ke hadapan sebagai peneraju pelancongan berasaskan air.

“Ia akan mencerminkan revolusi PPSPM dan aspirasi kami untuk terus relevan dalam industri pelancongan yang kompetitif,” katanya.

Terdahulu Shaharul Azuar menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan Mei 2025 anjuran PPSPM yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Pelancongan Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, barisan Exco, Timbalan Exco, ketua jabatan, agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta lain-lain kenamaan.

Beliau berkata PPSPM juga sedang dalam proses memperkenalkan maskot baharu yang membawa elemen segar dan lebih menarik.

“Maskot PPSPM sedia ada iaitu ‘Siguana’ telah menjadi ikon dan dikenali ramai dan kerap tampil ketika aktiviti mempromosikan Melaka River Cruise.

“Namun bagi memperkukuhkan jenama PPSPM, kami akan memperkenalkan maskot baharu selaras dengan identiti Melaka sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

821
Kongsi :
Previous post SYILING PERINGATAN LAMBANG TERIMA KASIH – PPSPM
Next post MELAKA SERIUS TANGANI PENINGKATAN KES JENAYAH, KEMALANGAN JALAN RAYA