Sorting by

×

WTD, WTC 2025 BAKAL LONJAK NAMA MELAKA – PENGGIAT PELANCONGAN

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

AYER KEROH 8 Jun – Penggiat industri pelancongan optimis nama Melaka dalam peta pelancongan dunia akan terus melonjak apabila bakal menjadi tuan rumah dua acara bertaraf dunia tahun ini.

Acara tersebut adalah Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) dan Persidangan Pelancongan Sedunia 2025 (WTC2025) yang dijadual berlangsung pada September depan.

Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka, Goh Hock Gin berkata, acara seumpamanya memberi impak besar kepada usaha mempromosikan Melaka sebagai sebuah destinasi warisan dunia.

“Melaka adalah sebuah bandar warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), jadi kita memang mengalu-alukan acara besar seperti ini.

“Sudah tentu secara tidak langsung ia dapat mempromosikan Melaka kepada negara luar, selain menunjukkan di mana kedudukan Melaka di peta dunia,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp image 2021 06 30 at 17.41.48
GOH HOCK GIN. Foto -fail.

Menurut Hock Gin, MATTA turut akan menganjurkan satu seminar dalam waktu terdekat bagi memastikan ahli-ahlinya bersiap siaga memberikan perkhidmatan terbaik sempena penganjuran acara tersebut.

“Dengan seminar ini, saya harap ahli-ahli MATTA dapat menyediakan perkhidmatan terbaik dan berada di tahap paling bersedia menyambut pelawat dan delegasi pelancongan dunia,” katanya.

Whatsapp image 2022 10 31 at 4.28.31 pm
MADELINA Kuah

Sementara itu, Presiden Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA), Madelina Kuah turut menyuarakan komitmen pihaknya untuk terus menyokong usaha Kerajaan Negeri memperkukuh kedudukan Melaka di peringkat antarabangsa.

“Harapan kami adalah untuk bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri demi mencapai pengiktirafan dunia secara menyeluruh.

“MTA sedang menyusun persediaan bersama ahli-ahli dan berharap agar sekretariat acara seperti WTD2025 dan WTC2025 dapat mengadakan pertemuan secara berkala dengan pemain industri pelancongan.

“Kita ada ramai pasukan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berpengalaman, harap mereka turut diberi ruang untuk terlibat dalam keseluruhan perancangan termasuk melalui sesi dialog dan seminar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

635
Kongsi :
Previous post ASNAF BERSYUKUR DAPAT DAGING KORBAN
Next post TRANSFORMASI DIGITAL LPM, PERCEPAT PERMOHONAN BELI RUMAH IDAMAN