
KETUA MENTERI TUNAI SOLAT SUNAT AIDILADHA DI KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 7 Jun – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama kira-kira 500 jemaah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Ar-Razak Kampung Pulau, di sini, hari ini.
Ketua Menteri yang berbaju Melayu serba putih tiba pada jam 8.15 pagi dan bertakbir bersama jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha.
Selepas itu, Ab Rauf dan jemaah kemudiannya mendengar bacaan khutbah bertajuk ‘Aidiladha: Lambang Pengabdian Insan’ yang disampaikan Imam 1 masjid berkenaan Ustaz Faizal Shaari.

Sebelum beredar meninggalkan masjid, Ketua Menteri tidak melepaskan peluang beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah yang hadir.
Beliau kemudiannya dijadual bergerak menyantuni petugas korban di beberapa cawangan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI RAI 50 ANAK YATIM DUN RIM SEMPENA HARI ASYURA
RIM 26 Jun - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari...
MAIM SEMAI KASIH SAYANG KEPADA ANAK YATIM RAYSAS SEMPENA HARI ASYURA
PANTAI KUNDOR 26 Jun - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada anak yatim bersempena Hari...
213 ANAK YATIM PARLIMEN ALOR GAJAH DIRAIKAN SEMPENA HARI ASYURA
REMBIA 26 Jun - Keceriaan jelas terpancar pada raut wajah 213 anak-anak yatim yang diraikan pada Majlis Menyantuni Anak-Anak Yatim...
7 DEKAD, KELAB BELL BELIA TAMIL TERUS BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT
AYER KEROH 26 Jun - Program Derma Darah 2026 anjuran bersama Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia dan Majlis Kelab...
WRUR RIM: MPJ PRIHATIN BAIK PULIH LIMA RUMAH UZUR
RIM 26 Jun - Sebanyak lima rumah uzur telah dinaik taraf dan dibaik pulih Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dengan kos...
SEMANGAT HIJRAH PEMANGKIN BUDAYA KERJA WARGA CMI
AYER KEROH 26 Jun - Semangat hijrah bukan sekadar mengimbau perjalanan agung Rasulullah SAW, sebaliknya menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya...
