
AB RAUF ‘PUSING’ TANJUNG BIDARA SANTUNI PETUGAS KORBAN
TANJUNG BIDARA 7 Jun – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, meronda Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara bagi menyantuni masyarakat dan petugas yang menjalankan korban tahun ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara meluangkan masa hampir tiga jam menuju ke sembilan lokasi bagi bersama-sama rakyat menghayati erti sebenar Aidiladha.
Antara lokasi terlibat adalah Kampung Pulau, Kampung Lubuk Redan, Kampung Ujong Padang, Padang Kemunting, Pasir Gembor dan Balik Batu.
Selain itu, beliau turut menyantuni petugas di Kampung Air Hitam Pantai, Kampung Air Hitam Darat dan di kediaman beliau di Villa d’Acqua.

Kehadiran Ketua Menteri di setiap lokasi disambut mesra rakyat pelbagai lapisan umur yang hadir.
Malah, beliau turut meluangkan masa untuk bersama melapah daging korban, memasak dan menyampaikan sumbangan daging korban kepada asnaf.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR KOTA LAKSAMANA: SUARA RAKYAT PANDUAN PEMBANGUNAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 17 Mei - Sebanyak 2,474 daripada keseluruhan 3,664 aduan diterima sepanjang 15 siri Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat...
WRUR KOTA LAKSAMANA: JAPERUN BAHARU SIAP DALAM TEMPOH TIGA TAHUN
KOTA LAKSAMANA 17 Mei - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana bakal memiliki Kompleks Japerun sendiri yang Serbia baharu dan...
WRUR KOTA LAKSAMANA: PILIHAN RAYA ATAU TIDAK, TUGAS MEMBELA RAKYAT TETAP BERJALAN
KOTA LAKSAMANA 17 Mei - Menghampiri tamat tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hujung tahun ini, semakin ramai yang...
NOSTALGIA ‘RUMAH DALAM AIR’
MACHAP JAYA 17 Mei - Di bawah hamparan Empangan Durian Tunggal yang kelihatan damai, tersimpan sebuah sejarah yang tidak semua...
10,000 KOMUNITI JAWA PAYA DALAM SEPAKAT PERTAHAN ADAT DAN TRADISI
AYER KEROH 18 Mei - Arus pemodenan, tidak menghakis identiti komuniti Jawa di Kampung Paya Dalam, Ayer Molek yang sehingga...
‘QR TAGGING’ LEMBU, KERBAU BANTU TANGANI KES HAIWAN BERKELIARAN DI JASIN – MPJ
MERLIMAU 17 Mei - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyambut baik inisiatif Kerajaan Negeri yang menjadi perintis kepada pengenalan sistem 'QR...
