
UNIMEL BAKAL PERKENAL SEMBILAN KURSUS BAHARU
KUALA LINGGI 11 Jun – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) bakal memperkenalkan sembilan lagi kursus baharu bagi memenuhi kehendak semasa pasaran kerja di negara ini.
Naib Canselor UNIMEL Prof Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly berkata, ketika ini pihaknya sedang menunggu kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebelum membuka tawaran kursus-kursus berkenaan kepada pemohon yang berkelayakan.
Mengulas lanjut Ts. Dr. Abdul Khalil berkata, jika semua proses itu berjalan lancar UNIMEL akan menawarkan kursus-kursus berkenaan bermula Oktober atau November nanti.
“Antara program bakal ditawarkan nanti adalah dalam bidang pentadbiran perniagaan (MBA), tetapi di UNIMEL kita lebih menekankan atau menerapkan konsep Islamik yang selari dengan kewujudan kita sebagai sebuah universiti Islam, ini adalah ‘DNA’ kita.
“Kita beri penekanan kepada aspek infak, zakat, wakaf dan endowmen. Selain itu akan ditawarkan juga bakal tawarkan kursus melibatkan forensik analitik data yang mana program baharu ini lebih menjurus kepada adaptasi kecerdasan buatan (AI),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Mini Karnival 2025 Kemasukan Pelajar Baharu UNIMEL di kampus universiti itu, di sini, semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 200,000 ‘GEGAU’ PULAU MELAKA
BANDA HILIR 8 Februari - Lebih 200,000 pengunjung menggegarkan Food & Drift Festival di Harbour Street, Pulau Melaka yang berlangsung...
HADIAH RM100,000 MENANTI PENGUNJUNG BERTUAH MELAKA RIVER CRUISE TAHUN INI
BANDA HILIR 8 Februari - Hampir 100 hadiah menarik termasuk sebuah kereta Perodua Bezza ditawarkan kepada pengunjung bertuah yang menaiki...
‘DEMI PAYA RUMPUT’ BAWA LIMPAHAN BUAT 91,000 PENDUDUK 42 TAMAN, 12 KAMPUNG
PAYA RUMPUT 8 Februari - Karnival Demi Paya Rumput yang berlangsung selama lapan hari hingga 15 Februari depan bakal membawa...
DUA BAZAR AIDILFITRI BEROPERASI SEMINGGU LEBIH AWAL
AYER KEROH 7 Februari - Dua Bazar Aidilfitri di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan beroperasi seminggu lebih...
KAPAL TANGKI BAWA 50 TAN METRIK DIESEL DITAHAN DI PERAIRAN MELAKA
AYER KEROH 8 Februari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan telah menahan sebuah kapal tangki...
BANTUAN RAMADAN, SYAWAL BANTU MUALAF MELAKA TERUS MELANGKAH
KESIDANG 8 Februari – Kebajikan golongan mualaf di Melaka terus diberi perhatian menerusi Bantuan Persediaan Ramadan dan Syawal bagi tahun...
