
GURU WANITA, ANAK SULUNG MAUT DISYAKI DIBUNUH DI BUKIT RAMBAI
BUKIT RAMBAI 12 Jun — Seorang guru wanita dan anak sulungnya maut dipercayai akibat dibunuh dalam kejadian tragis di kediaman mereka di Taman Rambai Mutiara, di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa yang juga ibu tunggal berusia 51 tahun, bersama anak lelakinya berusia 21 tahun, ditemui tidak bernyawa di ruang tamu rumah mereka.
Sementara itu seorang lagi anak guru terbabit berusia 13 tahun turut ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kawasan garaj rumah berkenaan.
Setakat jam 9 pagi, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, masih menjalankan siasatan, turut berada di lokasi kejadian adalah Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner, Ahmad Jefferi Abdullah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Leow Kian Heong
Berita lanjut menyusul.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
200 BEKAS AHLI KEMBALI KE PANGKUAN UMNO MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 17 Mei - Hampir 200 bekas ahli parti kembali menyertai UMNO Bahagian Masjid Tanah, malam tadi. Kesemua mereka...
PRN MELAKA PASTI BERLAKU DALAM TEMPOH 120 HARI
TANJUNG BIDARA 17 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN)...
MASJID BAHARU MAKBUL IMPIAN KARIAH LESONG BATU
MACHAP JAYA 17 Mei – Setelah sekian lama bergantung kepada masjid di kampung bersebelahan, penduduk Lesong Batu kini bakal melakar...
MENARA TAMING SARI HIMPUNKAN 150 RIDER DGR 2026, BAWA MESEJ KESIHATAN LELAKI
BANDA HILIR 17 Mei - Lebih 150 penunggang motosikal klasik dan moden berhimpun di perkarangan Menara Taming Sari, di sini,...
WRUR KOTA LAKSAMANA: KESEJAHTERAAN RAKYAT KEUTAMAAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 17 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) adalah manifestasi kepada gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) lahir...
WRUR KOTA LAKSAMANA: SUARA RAKYAT PANDUAN PEMBANGUNAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 17 Mei - Sebanyak 2,474 daripada keseluruhan 3,664 aduan diterima sepanjang 15 siri Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat...
