
BSAT MAIM SANTUNI GOLONGAN MEMERLUKAN, AGIH PAKAIAN TERPAKAI
AYER KEROH 13 Jun – Badan Sukarelawan At-Taqwa (BSAT) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menggunakan pelbagai pendekatan bagi menyantuni golongan asnaf dan mereka kurang berkemampuan termasuk menerusi penganjuran program Free Market.
Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, menerusi program Free Market sukarelawan akan membawa barangan terpakai hasil sumbangan pelbagai pihak terutamanya pakaian untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.
“Agihan melibatkan barangan terpakai dari Souq Majjani, iaitu pusat yang mengumpulkan pelbagai jenis barangan yang disumbangkan oleh orang ramai. Sukarelawan akan pilih dan mengasingkan pakaian masih dalam keadaan elok untuk diagihkan.
“Selain pakaian kami Souq Majjani turut menerima sumbangan pelbagai jenis barangan seperti bahan bacaan, pinggan dan mangkuk serta kelengkapan ibadah yang juga sesuai dengan objektif penganjuran Free Market,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Shaifulfazlee berkata, selain agihan menerusi penganjuran Free Market, sukarelawan BSAT juga turun padang untuk menyumbangkan pakaian terpakai kepada mereka ditimpa musibah atau menjadi mangsa bencana alam seperti banjir.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
200 BEKAS AHLI KEMBALI KE PANGKUAN UMNO MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 17 Mei - Hampir 200 bekas ahli parti kembali menyertai UMNO Bahagian Masjid Tanah, malam tadi. Kesemua mereka...
PRN MELAKA PASTI BERLAKU DALAM TEMPOH 120 HARI
TANJUNG BIDARA 17 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN)...
MASJID BAHARU MAKBUL IMPIAN KARIAH LESONG BATU
MACHAP JAYA 17 Mei – Setelah sekian lama bergantung kepada masjid di kampung bersebelahan, penduduk Lesong Batu kini bakal melakar...
MENARA TAMING SARI HIMPUNKAN 150 RIDER DGR 2026, BAWA MESEJ KESIHATAN LELAKI
BANDA HILIR 17 Mei - Lebih 150 penunggang motosikal klasik dan moden berhimpun di perkarangan Menara Taming Sari, di sini,...
WRUR KOTA LAKSAMANA: KESEJAHTERAAN RAKYAT KEUTAMAAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 17 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) adalah manifestasi kepada gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) lahir...
WRUR KOTA LAKSAMANA: SUARA RAKYAT PANDUAN PEMBANGUNAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 17 Mei - Sebanyak 2,474 daripada keseluruhan 3,664 aduan diterima sepanjang 15 siri Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat...
