
REMAJA LELAKI DIREMAN SEMINGGU BANTU SIASATAN KES TIKAM IBU, ABANG KANDUNG
Perintah reman terhadap remaja itu dikeluarkan Majistret N. Sivasangari di Mahkamah Majistret Ayer Keroh bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Media semalam melaporkan seorang guru wanita berusia 51 tahun dan anak sulungnya berusia 21 tahun maut manakala anak bongsunya berumur 13 tahun, cedera parah dipercayai akibat ditikam di rumah mereka.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 5 pagi dan ibu tunggal bersama anak lelakinya itu ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu.
Polis menahan suspek yang berada di luar rumahnya yang ketika itu dalam keadaan termenung selain menemukan senjata dipercayai digunakan dalam kejadian iaitu pisau lipat berukuran 20 sentimeter dengan kesan darah, yang disimpan dalam beg sekolah di luar rumah. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 200,000 ‘GEGAU’ PULAU MELAKA
BANDA HILIR 8 Februari - Lebih 200,000 pengunjung menggegarkan Food & Drift Festival di Harbour Street, Pulau Melaka yang berlangsung...
HADIAH RM100,000 MENANTI PENGUNJUNG BERTUAH MELAKA RIVER CRUISE TAHUN INI
BANDA HILIR 8 Februari - Hampir 100 hadiah menarik termasuk sebuah kereta Perodua Bezza ditawarkan kepada pengunjung bertuah yang menaiki...
‘DEMI PAYA RUMPUT’ BAWA LIMPAHAN BUAT 91,000 PENDUDUK 42 TAMAN, 12 KAMPUNG
PAYA RUMPUT 8 Februari - Karnival Demi Paya Rumput yang berlangsung selama lapan hari hingga 15 Februari depan bakal membawa...
DUA BAZAR AIDILFITRI BEROPERASI SEMINGGU LEBIH AWAL
AYER KEROH 7 Februari - Dua Bazar Aidilfitri di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan beroperasi seminggu lebih...
KAPAL TANGKI BAWA 50 TAN METRIK DIESEL DITAHAN DI PERAIRAN MELAKA
AYER KEROH 8 Februari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan telah menahan sebuah kapal tangki...
BANTUAN RAMADAN, SYAWAL BANTU MUALAF MELAKA TERUS MELANGKAH
KESIDANG 8 Februari – Kebajikan golongan mualaf di Melaka terus diberi perhatian menerusi Bantuan Persediaan Ramadan dan Syawal bagi tahun...
