Sorting by

×

SAGU HATI CUTI BERSALIN GURU KAFA, TADIKA JAIM DITERUSKAN HINGGA 2026 – KM

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BUKIT KATIL 13 Jun – Bayaran sagu hati cuti bersalin tanpa elaun kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan Tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akan diteruskan sehingga tahun hadapan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata, sagu hati itu diperkenalkan sebagai manifestasi dan tanda keprihatinan Kerajaan Negeri khas buat warga pendidik dalam memperkasa pendidikan Islam di negeri ini.

Pada masa sama, jelas beliau, insentif itu juga diperkenalkan sebagai langkah mengutamakan kemajuan dan kecemerlangan pendidikan di negeri ini.

“Kerajaan Negeri memperuntukkan RM200,000 bagi saguhati cuti bersalin tanpa elaun kepada guru KAFA dan Tadika JAIM yang mana setiap seorang guru akan menerima bayaran RM1,600.

“Justeru… sukacitanya saya mengumumkan saguhati ini akan diteruskan sehingga tahun hadapan khusus buat pendidik dibawah JAIM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap seterusnya menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Guru JAIM Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rosli Abdullah; Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samad serta kenamaan lain.

Pada majlis tersebut, Ab Rauf turut menyampaikan Anugerah Tokoh Guru JAIM 2025; Anugerah Perkhidmatan Prestasi Cemerlang kepada 140 penerima dan cenderhati khas kepada 18 guru JAIM yang bersara pada tahun ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

794
Kongsi :
Previous post REMAJA LELAKI DIREMAN SEMINGGU BANTU SIASATAN KES TIKAM IBU, ABANG KANDUNG
Next post 13 AGENSI KORPORAT SUMBANG LEBIH RM4.5 JUTA ZAKAT PERNIAGAAN